Posts

Showing posts from January, 2016

KEHILANGAN

Image
Semuanya bermula setelah saya kehilangan ibu di awal tahun 2012. Diikuti kakak pada awal bulan Julai 2012 dan selang seminggu seorang lagi kakak. Kemudiannya pada awal tahun lepas saya turut kehilangan seorang abang. Saya kehilangan tempat bermanja. Tiada kata-kata yang mampu saya ucapkan, hanya linangan airmata dan doa. Banyak perkara yang saya lalui yang mengajar saya erti kesabaran, kerinduan dan kesedihan. Kesabaran akan ketidaksamaan situasi sebelum dan selepas sesuatu kematian. Kita perlu persiapkan diri dengan situasi baru yang dulunya kita sendiri tidak menjangka akan ianya berlaku. Kerana ia memberi impak yang sangat-sangat berbeza. Saya sendiri melaluinya dan merasai kelainan dari pelbagai aspek seperti rasa diri tidak dipedulikan. Kalau dulu sentiasa berhubung dan bertanya khabar tapi kini telah tiada. Yang tidak disangka2 pula muncul mengambil tahu susah senang dan sebagainya. Itulah hakikat yang perlu dilalui. Kerinduan kepada insan yang telah tiada, ker

DILWALE

Sejak dari KL lagi dikhabarkan bahawa cerita ini sangat sedap.  Hem apa yang sedap sangat tu? Sampaikan ada yang nak tengok kedua kalinya. Ini adalah pertama kali saya melakukan kerja gila..tidak pernah dibuat. Silap-silap orang kata saya ini dah buang tabiat! Sebenarnya sehari dua ini saya tersangat STRESS dengan kerja. Ibarat kata dah tidak termampu oleh mental dan fizikal saya.  Maka datanglah idea gila-gila ini untuk menonton Dilwale sedangkan saya sendiri kurang minat dengan cerita Hindustan. Saya dan dua yang lain telah merancang untuk ke Kuantan. Penginapan dan tiket Dilwale pun turut dibeli melalui online.  Biar betul ni.... Perjalanan kami bermula pada 1 Januari 2016. Usik mengusik antara kami menyebabkan kami lupa sejenak kerja di pejabat.  Singgah sebentar di bandar Diraja Pekan menikmati makan tengahari ditepian sungai.  Selepas itu kami meneruskan perjalanan ke Kuantan.  Sampai di sana kami terus check in di hotel dan setelah melepaskan penat sebentar kami pun bersiap