DILWALE

Sejak dari KL lagi dikhabarkan bahawa cerita ini sangat sedap.  Hem apa yang sedap sangat tu? Sampaikan ada yang nak tengok kedua kalinya.

Ini adalah pertama kali saya melakukan kerja gila..tidak pernah dibuat. Silap-silap orang kata saya ini dah buang tabiat!

Sebenarnya sehari dua ini saya tersangat STRESS dengan kerja. Ibarat kata dah tidak termampu oleh mental dan fizikal saya.  Maka datanglah idea gila-gila ini untuk menonton Dilwale sedangkan saya sendiri kurang minat dengan cerita Hindustan.

Saya dan dua yang lain telah merancang untuk ke Kuantan. Penginapan dan tiket Dilwale pun turut dibeli melalui online.  Biar betul ni....

Perjalanan kami bermula pada 1 Januari 2016. Usik mengusik antara kami menyebabkan kami lupa sejenak kerja di pejabat. 

Singgah sebentar di bandar Diraja Pekan menikmati makan tengahari ditepian sungai.  Selepas itu kami meneruskan perjalanan ke Kuantan.  Sampai di sana kami terus check in di hotel dan setelah melepaskan penat sebentar kami pun bersiap untuk menonton Dilwale di Megamall.

Sesampai sahaja di Megamall saya turunkan sahabat saya terlebih dahulu di tepi bangunan tersebut. Saya dan seorang lagi mencari parking. Banyak kereta dan parking berhampiran penuh. Saya mengambil keputusan parking di kawasan parking berhampiran sekolah.  Agak jauh juga berjalan.

Kami terus berjalan mendapatkan rakan saya tadi dan terus ke pawagam.  Dah ramai dah orang di sini dan kami membeli minuman dan makanan untuk bekalan semasa menonton nanti.

Kami dibenarkan masuk.  Bezanya sekarang penonton sendiri mencari tempat duduk. Kalau dulu-dulu ada petugas dengan lampu picit menunjukan tempat duduk kepada penonton.  Sekarang semuanya layan diri.

Intipati cerita Dilwale:
Tali persaudaraan (adik beradik) yang utuh.  Sanggup melindungi dan buat apa saja demi kepentingan dan kebahagiaan saudaranya dan mengenepikan perasaan sendiri.

Persengketaan antara dua kumpulan gangster secara tidak langsung merengangkan hubungan percintaan anak masing-masing.

Lawak bersahaja.

Permandangan cantik sangat dengan pantai pasirnya bewarna hitam, airnya yang cetek, bungkah ais, lagu yang tidak jemu didengar.

Percintaan antara dua anak kumpulan gangster yang mengusik rasa.  Sedih, riang, ganas semuanya ada.

Salah sangka mengakibatkan percintaan disusuli dengan perpisahan tanpa dapat dijelaskan perkara yang sebenar.  Namun akhirnya setelah bertahun hal yang sebenar didedahkan.

Setelah cerita berakhir dan popcorn pun habis...saya dan rakan sempat membeli belah di ruang legar Megamall.  Kami kemudiannya keluar makan di Indera Mahkota sebelum kembali ke penginapan.

Maka berakhirlah misi kami  menghilangkan STRESS....

Comments

Popular posts from this blog

HADYAI, PATTAYA, BANGKOK 1

HADYAI, PATTAYA, BANGKOK 5

HADYAI, PATTAYA, BANGKOK 4