Posts

Showing posts from July, 2014

SYAWAL 2014

Image
Tepat jam 6 pagi kami menuju ke Masjid Wilayah untuk menunaikan solat sunat hari raya aidilfitri..walau pun mata masih lagi terasa mengantuk.  Di masjid kelihatan kereta sudah banyak memasuki kawasan masjid dan agak sukar untuk parking.  Untuk jemaah wanita kawasan solat adalah di paras satu.  Manakala aras bawah untuk jemaah lelaki.  Dalam perjalanan ke ruang solat  ramai mengambil kesempatan untuk merakamkan gambar.  Selesai solat saya dan ahli keluarga bergegas pulang untuk ke Putrajaya menziarahi pusara kakak.  Seperti lazimnya sesi bermaaf-maafan dilakukan.  Suasana yang sudah menjadi kelaziman yang wajib dilakukan.  Sebak, sedih, sayu  menyelubungi perasaan.  Dalam kesedihan kami bertukar-tukar duit raya diikuti sesi bergambar ala-ala selfie gitu. Hadiah Yassin buat yang tersayang  Sayu hati kerana telah dua tahun kakak ku kamu pergi...kasih sayang ku tidak akan pernah luntur.  Seterusnya kami meneruskan budaya ziarah.  Tetapi yang pasti saya rindu suasana raya sewaktu bers

PUDING BISKUT

Image
Bahan-bahan: 1/2 cawan susu pekat 10 keping biskut tawar 2 biji telor Cara membuat: Rendam biskut dalam air. Blend telor dan susu pekat. Buang air rendaman biskut. Masukkan biskut tadi ke dalam telor dan susu yang telah di blend tadi. Blend hingga sebati. Tuang adunan ke dalam bekas dan kukus selama 20 minit. Setelah sejuk simpan dalam peti sejuk. Peristiwa di sebalik resepi: Resepi ini diperoleh dari FB -resepi ringkas.  Sungguh mudah membuatnya tambahan saya sedang tercari-cari menu apa yang sesuai untuk dibawa sebagai bekalan untuk berbuka dalam bas nanti. Terima kasih kepada yang sudi share resepi in memang sungguh ringkas, mudah menyediakannya dan tidak mengambil masa yang lama kerana saya sendiri sempat menyediakan puding ini sebelum berbuka puasa.  Sempat sejukkan dulu puding dan enak dimakan setelah terawih.

MENJELANG SYAWAL

Alhamdulillah..sudah tiga kali ramadan saya lalui sepeninggalan ibu dan kakak tersayang.  Rasanya Ramadan kali ini saya semakin tenang dan lebih kusyuk menghayatinya.  Mungkin saya sudah boleh terima apa yang berlaku.. Di bulan ramadan ini waktu yang paling saya nanti-nantikan adalah waktu untuk solat tarawih.  Bacaan oleh imam (pelajar tahfiz dari negara Amman) sungguh menusuk kalbu.  Lazimnya saya dan sahabat saya akan mengambil saf di bahagian tengah berhampiran kipas memandangkan masjid ini belum dilengkapi penyaman udara.  Walaupun ada kipas kehangatan tetap terasa.  Parking kereta pula setiap malam betul-betul di pintu masuk masjid.  Sampaikan ada yang perasan kerana setiap malam itulah tempat saya meletakkan kereta... Minggu terakhir ramadan adalah minggu di mana kuih yang ditempah mula diterima.  Suasana di pejabat semakin ceria. Namun dalam kegembiraan untuk menyambut syawal terdapat perkhabaran melalui group whatsapp berhubung kapalterbang MAS terhempas di Ukraine.  Untuk

NOSTALGIA RAMADHAN

Setiap kali Ramadhan datang setiap kali kenangan lalu menjengah.  Terlalu sukar untuk dilupakan dan dibuang jauh-jauh. Apa saja yang dipandang semuanya mengaitkan kisah lalu.  Baru-baru ini saya ke pasar ramadhan.  Melihat-lihat kuih apa untuk dibeli bagi berbuka nanti.  Tertarik melihat pindang pisang kegemaran arwah abah setiap kali ramadhan.   Manakala kuih seperti buah melaka, tepung gomak, lopeh adalah antara kuih kegemaran arwah ibu dan kuih lapis pulut kegemaran arwah kakak. Kalau sebelum ini setiap petang pasti akan saya bawa ibu dan kakak ke pasar ramadhan untuk membeli kuih.  Ibu pula berada di dalam kereta menunggu kami membeli juadah berbuka puasa kerana keuzurannya.  Sebaik kami kembali ke kereta ibu akan membelek-belek kuih yang dibeli.  Sebelum balik sudah pasti saya akan membawa ibu berjalan dulu makan angin.  Terbayang satu kepuasan di wajahnya dan kepuasan juga bagi saya kerana dapat membahagiakannya. Ibu walau pun tidak boleh berpuasa kerana keuzuran beliau tetap

PUDING KASTAD

Image
Bahan-bahan: 1 cawan kastad 1/2 cawan susu cair 1 biji putih telor Esen vanilla 4 cawan air 4-6 sudu gula pasir Cara Membuat: Putih telor dipukul hingga kembang. Campurkan kastad dan susu cair.  Kacau hingga sebati dan tidak berketul. Masukkan air kacau lagi. Masukkan gula. Masak hingga hampir pekat.  Masukkan segera putih telor dan kacau lagi hingga pekat. Masukkan adunan ini dalam bekas. Sejukkan. Untuk Kuah: Masukan merah telor , susu cair dlm 1 1/2 tin dan gula secukup rasa serta 1/2 sudu kastad. Masak. Untuk Hiasan: 1 tin kecil buah campuran. Catatan: Resepi ini adalah dari allahyarhamah kakak (Rohadzam).  Sungguh sedap.  Setiap kali ada jamuan di pejabat beliau akan menawarkan diri untuk memasaknya tanpa diminta.  Tetapi yang anihnya beliau sendiri tidak begitu menggemari puding ini malah seringkali meminta ku menyediakan Puding Trifle untuknya.