Posts

Showing posts from May, 2020

Biskut Mama Carries

Image
Bahan-Bahan: 250 gm butter 115 gm gula icing 150 gm tepung jagung 350 gm tepung gandum 25 gm susu tepung 1 biji kuning telur Royal Icing: 2 biji putih telur 175 gm gula icing 2 sudu makan tepung jagung Cara: Pukul butter..gula dan kuning telur menggunakan senduk kayu. Sekadar pukul perlahan. Masukkan tepung jagung dan uli sebati. Masukkan tepung gandum dan uli sehingga tidak melekat di tangan. Terap ikut bentuk acuan. Cara royal icing: Pukul telur sampai bertanduk. Masukkan gula icing dan putar sampai likat. Masukkan tepung jagung 2 sudu. Pukul sehingga jika diterbalikkan mangkuk adunan tidak jatuh. Pipe atas biskut yang diterap tadi dan deco mengikut citarasa. Bakar biskut suhu 150c dalam 15 minit. Kredit:  Nurul Akmal Mustaffa

Puding Roti Coklat Butterscotch

Image
Bahan-Bahan: 1 cawan susu segar 1 biji telur 2 sudu gula (saya letak 1 1/2 sudu gula sahaja) 4 keping roti butterscotch coklat chips Campurkan kesemua bahan kecuali coklat chips dan roti butterscotch.  Masak sekejap di atas api. Carik-carikkan 2 keping roti butterscotch ke dalam bekas. Tabur di atas roti tadi dengan coklat chips. Tuangkan 1/2 bahagian bahan yang dimasak tadi ke atas roti. Tabur coklat chips.  Tabur 2 keping roti butterscotch. Ulangi tuang baki bahan yang dimasak dan tabur coklat. Letak butter di permukaan atas (yang ini saya tambah dari resepi asal) supaya apabila masak warna permukaan uding keemasan dan lebih rangup. Biarkan adunan ini selama 20 minit. Baru bakar. Bakar secara marie bain dengan suhu 180C selama 40-45 minit (api atas dan bawah). Untuk sos kastad: 1/2 tin susu cair 1/4 cawan air 1 sudu gula 3/4 sudu tepung kastad Campurkan kesemua bahan dan masak sehingga hampir pekat. Sejukkan. Tuang ke atas adunan roti. Kredit: Khairulami

Agar-Agar Lapis Bandung Cincau

Image
Bahan-Bahan dan cara membuat: 1 cawan cincau (dipotong-potong halus) 600 ml air                                                                 ) 1 pack serbuk agar-agar / 10 gm agar-agar tali) 120 gm gula                                                             ) masak kemudian masukkan 400 ml susu cair dan 2 sudu besar tepung jagung Kecilkan api. masak hingga pekat Asingkan 400 ml adunan agar-agar Campurkan cincau (ketepikan) Baki agar-agar dicampur esen merah. Tuang adunan merah ke dalam acuan. Biarkan sejuk.  Lorekkan dengan garpu. Kemudian tuang adunan cincau.  Buat secara berselang seli. Simpan dalam peti sejuk. Resepi ini diperolehi dari utube..

Tepung Pelita

Image
Bahan-Bahan: 8 helai daun pandan (potong pendek) 2cawan air - Blend kedua-dua bahan ini. - Tapis - Ambil air pandan (masukkan dalam bekas) - Masukkan 1 cawan tepung beras - Masukkan 1 cawan gula - Masukkan 1 sudu garam kecil. - Masukkan sedikit pewarna hijau. - Kacau agar sebati. - Masak dalam masa 5 minit. - Letak terus dalam acuan kecil. - Taburkan gula di atas adunan tadi. Cara buat lapisan atas: - 4 sudu makan tepung beras - 2 sudu makan tepung ubi - 1 kotak kecil santan - Masukkan 2 cawan air - 1/4 sudu garam - Kacau sebati - Masak dalam 10 minit. Nampak beku sikit boleh tutup api. - Cedok letak atas lapisan hijau. - Sejukkan. kredit resepi: Noor Ain Norman

Sagu Pelangi Gula Melaka

Image
Bahan: 1 cawan sagu 6 cawan air Masak air sampai mendidih. Masukkan sagu. Masak sehingga biji-biji putih hilang.  Kacau sagu sentiasa.  Tambah air sekiranya biji-biji putih masih kelihatan. Bila jernih bilas sagu dengan air paip untuk buang kanji. Tos sagu. Bahagi sagu kepada 3 bahagian. Warnakan sagu mengikut warna kesukaan. Air gula: 1/2 keping gula melaka Sehelai daun pandan 3 sudu besar gula 1/2 cawan air Masak  sampai mendidih. Kuah Susu 1 tin susu cair 1 biji merah telor (kacau sebati) Tapis telor dan masukkan ke dalam susu cair. Masak hingga menggelegak. Cara menghias: Tuang air gula ke dalam bekas/gelas transparent. Letak sagu yang telah diwarnakan tadi mengikut kreativiti. Tuang kuah susu.