Sagu Pelangi Gula Melaka



Bahan:
1 cawan sagu
6 cawan air

Masak air sampai mendidih.
Masukkan sagu.
Masak sehingga biji-biji putih hilang.  Kacau sagu sentiasa.  Tambah air sekiranya biji-biji putih masih kelihatan.
Bila jernih bilas sagu dengan air paip untuk buang kanji.
Tos sagu.
Bahagi sagu kepada 3 bahagian.
Warnakan sagu mengikut warna kesukaan.


Air gula:
1/2 keping gula melaka
Sehelai daun pandan
3 sudu besar gula
1/2 cawan air

Masak  sampai mendidih.

Kuah Susu
1 tin susu cair
1 biji merah telor (kacau sebati)

Tapis telor dan masukkan ke dalam susu cair.
Masak hingga menggelegak.

Cara menghias:
Tuang air gula ke dalam bekas/gelas transparent.
Letak sagu yang telah diwarnakan tadi mengikut kreativiti.
Tuang kuah susu.


Comments

Popular posts from this blog

HADYAI, PATTAYA, BANGKOK 1

HADYAI, PATTAYA, BANGKOK 5

HADYAI, PATTAYA, BANGKOK 4