Puding Roti Coklat Butterscotch

Bahan-Bahan:

1 cawan susu segar
1 biji telur
2 sudu gula (saya letak 1 1/2 sudu gula sahaja)
4 keping roti butterscotch
coklat chips

Campurkan kesemua bahan kecuali coklat chips dan roti butterscotch.  Masak sekejap di atas api.

Carik-carikkan 2 keping roti butterscotch ke dalam bekas.
Tabur di atas roti tadi dengan coklat chips.
Tuangkan 1/2 bahagian bahan yang dimasak tadi ke atas roti.
Tabur coklat chips. 
Tabur 2 keping roti butterscotch.
Ulangi tuang baki bahan yang dimasak dan tabur coklat.
Letak butter di permukaan atas (yang ini saya tambah dari resepi asal) supaya apabila masak warna permukaan uding keemasan dan lebih rangup.
Biarkan adunan ini selama 20 minit. Baru bakar.

Bakar secara marie bain dengan suhu 180C selama 40-45 minit (api atas dan bawah).


Untuk sos kastad:

1/2 tin susu cair
1/4 cawan air
1 sudu gula
3/4 sudu tepung kastad

Campurkan kesemua bahan dan masak sehingga hampir pekat.

Sejukkan.

Tuang ke atas adunan roti.

Kredit: Khairulaming





Comments

Popular posts from this blog

HADYAI, PATTAYA, BANGKOK 1

HADYAI, PATTAYA, BANGKOK 5

HADYAI, PATTAYA, BANGKOK 4