HARGA DIRI

Dalam melayari kehidupan di dunia ini, kita tidak boleh tertalu mementingkan diri sendiri.  Kita perlu melihat dan menoleh ke sekeliling, ke atas dan ke bawah agar kita tidak menjadi orang yang sombong dan angkuh dengan apa yang kita ada. 

Sesungguhnya pangkat setinggi mana pun kalau tidak disertai perangai yang baik ianya tidak akan ke mana. 

Perlakuan sedemikian malah mengundang ramai menjauhi manusia seperti ini. 

Mungkin kita merasa bangga kuasa di tangan kita.  Kita boleh mengarahkan sesuka hati walau pun arahan itu menyusahkan orang lain.  Kerana kita berasa seronok mengenakan orang.. tak gitu.

Sedarlah bahawa hidup ini ibarat roda.  Adakala kita di atas dan adakala kita di bawah.  Kita tidak akan menongkat langit selamanya. 

Toleransi perlu disemai.

Perasaan sesama insan perlu dijaga agar tidak  saling menyakiti.  Ibarat menarik rambut dalam tepung...

Pertuturan dan tingkah laku melambangkan keperibadian.  Tidak wajar menuturkan sesuatu yang menyakiti hati orang lain demi memuaskan hati sendiri. 

Kawal emosi kerana sesungguhnya tidak jatuh darjat seseorang malah  hidup  akan lebih dihurmati.

Mungkin hari ini kita merasa gah dan bangga tapi nanti jawablah di SANA.

Keangkuhan tak akan ke mana kerana kemana saja kita pergi kita akan dikeji..(ingatan untuk diri sendiri).

Cuba sesekali meletakkan diri di bawah, mencampuri orang yang tidak sama taraf agar kita lebih memahami permasalahan yang ada.  Agar tahu dan rasa apa yang mereka rasai.  Jangan hanya tahu memerintah, memaki hamun yang langsung tiada ciri-ciri insan yang baik.  Dari pertuturan sudah tahu kepribadian seseorang.

Memaki hamun di depan orang rami tanpa rasa bersalah..masyallah semuga allah berikan kamu hidayah satu hari nanti.

Wahai diriku jadilah insan yang berguna

Wahai diriku jadilah insan yang dapat membahagiakan orang lain

Wahai diriku jadilah insan yang disenangi dan disayangi semua orang

Wahai diriku buangkan dan singkirkan jauh-jauh sikap negatif.

Wahai diriku beramal lah dengan tulus dan ikhlas

Wahai diriku janganlah aku menjadi seperti dia. 

Sekian luahan rasa....

Comments

  1. Sentiasalah musabah diri.insyaallah kita akan kenal diri kita.Org yg memegahkan diri mungkin baru mengenal diri menjadi org yg dihormati tanpa rasa timbang rasa.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih atas komen itu...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

HADYAI, PATTAYA, BANGKOK 1

HADYAI, PATTAYA, BANGKOK 5

HADYAI, PATTAYA, BANGKOK 4