MUZIK NUSANTARA

Menghadapi STRESS bukanlah satu perkara yang mudah.  Hampir dua minggu juga melalui STRESS. Saat-saat sukar untuk digambarkan betapa STRESS melanda.  Rasanya penuh, padat dalam kepala.  Banyak faktor menyumbang kepada situasi demikian.  Saya sendiri cuba mengawal minda, memujuk diri sendiri bagi mengawal STRESS.  Ada masa ke pantai menikmati tiupan angin, memandang ke lautan dan sudah tentu menikmati makanan.  Rasa sedikit lega mula dirasai.  Bayangkan dalam tempoh itu makan tidak mengikut jadual.  Cuma tidur tersangatlah lena...nasib baik.  Rasa macam nak tumbang pun ada..jadi penemannya adalah mendapatkan ubat bagi mengawal tekanan darah rendah.  Satu lagi penyakit datang.

Setelah semuanya selesai. Saya mengambil cuti.  Dengan menggunakan khidmat pengangkutan awam saya meredah kegelapan malam untuk ke Kuala Lumpur. 

Perkara pertama untuk hilangkan STRESS selain solat sudah pastikan kan! Saya ke pusat membeli belah ditemani PERMATA HATI, kakak dan abang ipar ku.  Wah hilang STRESS.  Seronok melihat kelitah PERMATA HATI  memilih pakaian yang ada kalanya berkenan di hatinya tetapi tidak dapat dibeli olehnya kerana masalah ketinggian. Maksudnya baju / kain singkat.
Saya dan kakak sempat membeli jubah dan tudung.  Warna yang sepadan.

Sebelah malamnya pula kami ke ISTANA BUDAYA.  Kalau di KL ini lazimnya Dato/Datin antara yang hadir.  Belum lagi kenamaan yang lain. 

Pada malam ini kami sempat solat maghrib di sini.  Seterusnya makan malam di Cafe IB.  Di sini makanan kegemaran saya adalah nasi lemak daun pisang. Perghh terbaik. 

Kami memasuki Dewan sekitar jam 8.40 malam diiringi kakitangan IB.  Langkah demi langkah diatur sehingga ke kerusi 3 baris dari depan. Mak ai inilah kali pertama duduk di barisan VIP.  Di IB ni saya lebih suka duduk di kerusi pertengahan.  Bila duduk di depan pandangan saya agak kabur kerana agak hampir dengan pentas.  Tapi satu yang untungnya dapat melihat dengan jelas rupa penari dan penyanyi seperti Tegar, Dato Siti dan Krisdayanti.  Pengacara majlis mengumumkan ketibaan kerabat Diraja.  Seterusnya kami diminta berdiri dan turut serta menyanyikan lagu kebangsaan NEGARA KU.  Selepas itu slide  dan acara persembahan pun bermula. 

Segmen pertama:
Persembahan tarian kebudayaan dari dua negara iaitu Malaysia dan Indonesia.  Seronok dapat melihat dengan jelas penari dari dekat.  Antara tarian yang dipersembahkan adalah tarian Jawa, tarian kipas, tarian piring, tarian dari Acheh, tarian dari Etnik Sabah dan Sarawak (teringat sewaktu kami bercuti sekeluarga di Sabah) tarian buluh, tarian zapin, dondang sayang dan banyak lagi tarian. 

Segmen kedua:
Persembahan deklamasi sajak disampaikan oleh Dr. Lim Swee Ting diiringi tiupan seruling.  Maaf bab diklamasi sajak ni walau pun dulu masa sekolah kelas sastera tapi bab sajak tidak dapat dirasai dan dihayati.  Seterusnya kolobrasi dengan petikan gitar dan nyanyian puitis dari Acheh. Sedap sangat. 

Segmen Ketiga:
Persembahan orkestra KL yang bertenaga digabungkan dengan muzik Sekolah International Indonesia.  Dengan berpakaian kebaya biru dan lelaki berbaju tradisional Indonesia.

Segmen Keempat:
Persembahan dari Krisdayanti.  Wow cantik bangat.  Dua lagu disampaikan olehnya.  Diikuti persembahan dari Dato Siti.  Cantik dan persembahannya sama seperti yang pernah dilihat di TV. 

Persembahan diakhiri dengan semua tampil ke depan menyanyikan lagu Rasa Sayang. 

Cuma maaflah ya saya tidak dapat berkongsi gambar di teater IB tersebut kerana dilarang mengambil gambar.  Itulah peraturan IB.

Di sini saya ingin merakamkan terima kasih kerana diberi kesempatan melihat tarian kebudayaan Nusantara.

Comments

Popular posts from this blog

HADYAI, PATTAYA, BANGKOK 1

HADYAI, PATTAYA, BANGKOK 5

HADYAI, PATTAYA, BANGKOK 4