Posts

Showing posts from December, 2015

TEATER MAK CHUN

Image
Keterujaan untuk melihat Teater Mak Chun membuak-buak setelah dipelawa oleh Buah Hati. Buah Hati beria-ria mengajak. Pucuk dicinta ulam mendatang. Saya bersama seorang sahabat ke KL menaiki bas sebaik sahaja habis waktu pejabat. Kami banyak menghabiskan masa dengan tidur dalam bas..  Pada keesokan pagi kami dibawa bersiar-siar ke Kenanga Mall. Seronok nampak sahabat saya kerana inilah kali pertama dia ke sini. Macam biasa namanya pun perempuan sudah tentu ada je yang berkenan di hati. Sedar tidak sedar hampir empat jam kami di sini. Terima kasih abang ipar yang setia menunggu kami.  Sebelah malam kami dibawa ke Istana Budaya. Malam ni saya mengenakan blouse labuh dan seluar panjang dipadankan dengan sepatu bertutup didepan. Manakala sahabat saya pula mengenakan jubah hitam dan sepatu bertutup di depan. Kakak kesayangan pula mengenakan jubah..kami berpakaian mengikut garis panduan memasuki Istana Budaya. Kami terus menuju ke cafe berhampiran untuk mengalas perut. Menu utama pilihan kami