TEATER MAK CHUN

Keterujaan untuk melihat Teater Mak Chun membuak-buak setelah dipelawa oleh Buah Hati. Buah Hati beria-ria mengajak. Pucuk dicinta ulam mendatang. Saya bersama seorang sahabat ke KL menaiki bas sebaik sahaja habis waktu pejabat. Kami banyak menghabiskan masa dengan tidur dalam bas.. 

Pada keesokan pagi kami dibawa bersiar-siar ke Kenanga Mall. Seronok nampak sahabat saya kerana inilah kali pertama dia ke sini. Macam biasa namanya pun perempuan sudah tentu ada je yang berkenan di hati. Sedar tidak sedar hampir empat jam kami di sini. Terima kasih abang ipar yang setia menunggu kami. 

Sebelah malam kami dibawa ke Istana Budaya. Malam ni saya mengenakan blouse labuh dan seluar panjang dipadankan dengan sepatu bertutup didepan. Manakala sahabat saya pula mengenakan jubah hitam dan sepatu bertutup di depan. Kakak kesayangan pula mengenakan jubah..kami berpakaian mengikut garis panduan memasuki Istana Budaya. Kami terus menuju ke cafe berhampiran untuk mengalas perut. Menu utama pilihan kami sudah tentu nasi lemak daun pisang. Memang sedap. Kami akhirnya bertemu dengan Buah Hati dan dibawa masuk. Etika berpakaian dan apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan di dalam Istana Budaya telah dimaklumkan kepada sahabat saya antaranya tidak boleh mengambil gambar atau video semasa persembahan teater. Pancaran laser berwarna hijau akan ditujukan kepada penonton oleh petugas Istana Budaya. Telefon bimbit hendaklah dimatikan atau di dalam mode "silent". Apa yang disampaikan kepada saya dahulu saya sampaikan pula kepada sahabat saya ini. Pengalaman pertamanya seperti yang pernah saya alami dulu..wow!! Bertapa bangga sebelum persembahan bermula semua penonton diminta berdiri dan menyanyikan lagu NEGARA KU. 

Setelah itu kami mula dihidangkan dengan babak demi babak. Sungguh seronok mendengar dailek utara dituturkan Mak Chun, Zeenat dan Aton. Seronok melihat kereta Proton Saga dipandu oleh Pak Akob, melihat Porsche dipandu masuk oleh watak boyfriend kepada pelakon Nora Danish. Maaf lupa nama watak Nora... Best melihat keletah Aton yang menghidupkan teater ini menyebabkan penonton tidak kering gusi menonton. Best juga melihat lakonan Nora Danish dengan slang mat salleh cakap melayu. Dafi juga tidak mengecewakan kerana membawa watak lelaki lembut. Selain gelak ketawa kami turut dihiburkan dengan adegan ala-ala bollywood ditarikan oleh Ungku Ismail, Datin Paduka Umie Aida. Best macam berada di Bollywood pula lengkap dengan kostum yang menarik. 

Tetapi paling best apa yang hendak disampaikan oleh Erma Fatima.. disebalik gelak tawa ada mesej yang hendak disampaikan: a) Melayu mesti berusaha memajukan diri dan bersaing secara sihat. b) Hasad dengki tidak bawa ke mana. c) Budaya melayu jangan dipinggirkan walau ke mana jua berada. d) Menghurmati orang tua. 

Persembahan teater berhenti rehat sebentar dan penonton dibenarkan keluar. Kami kemudian diminta masuk semula. Sebaik sahaja selesai persembahan teater kami keluar dan dibawa ke Bilik VVIP. 

Di sini saya berpeluang bertemu dengan pelakon Ungku Ismail, Aton, Mak Chun dan Dafi. Terima kasih Buah Hati menawarkan kami bergambar dengan mereka.. Untuk Mak Chun: Teruskan dengan kesinambungan teater Mak Chun dengan membawa produk ke luar negara. Mungkin lebih sarat dengan mesej dan yang sudah pasti tidak kering gusi dibuatnya. Sama-samalah kita tunggu!!!

Comments

Popular posts from this blog

HADYAI, PATTAYA, BANGKOK 1

HADYAI, PATTAYA, BANGKOK 5

HADYAI, PATTAYA, BANGKOK 4