SAHABAT

Terima kasih sahabat kerana kau sentiasa ada di sisi ku semasa ku senang mahu pun susah.

Tatkala diri ku tiada tempat berpaut, kamu hadir memberikan ku kekuatan.  Kamu menjadi pendengar yang setia.  Tempat ku meluahkan kekecewaan,  kemarahan, kegembiraan dan segalanya.

Ya Allah hamba mu amat bersyukur dengan kehadirannya.  Menjadi penawar di kala ku kehilangan orang-orang yang disayang. 

Sahabat ini merasakan dirinya amat bertanggungjawab dan amat mengambil berat.  Memegang amanah kakak dan abang ku. 

Walau pun adakala kerenah mu memeningkan kepala ku....tapi bila mengenangkan jasamu kepada ku ku ketepikan saja perkara yang remeh temeh...think positive...

Sesekali beliau meluahkan rasa hati, bimbang jika saudara mara ku tidak menyenangi kehadiran beliau di sisi ku.  Bagi ku kamu lebih mengerti apa yang ku lalui. 

Sahabat, terima kasih kerana menolong ku di masa ku susah.  Jasamu tidak akan dapat ku lupakan. 

Comments

Popular posts from this blog

HADYAI, PATTAYA, BANGKOK 1

HADYAI, PATTAYA, BANGKOK 5

HADYAI, PATTAYA, BANGKOK 4