MENANGANI STRESS

Macam best je tajuk untuk ku bercerita hari ini iaitu STRESS.  mengapalah tajuk ini yang ku pilih?

Bagi yang belum pernah mengalami STRESS yang melampau sudah tentu mengambil mudah.  Mengalami dan melihat serta mendengar apa yang dilalui oleh orang lain adalah dua perkara yang berbeza. 

STRESS datang tanpa diundang.  Walau pun kita cuba menenangkan diri kita sewaktu STRESS melanda tetapi adakalanya kita sendiri perlu kuat bangkit melawan perasaan kita yang bercelaru, marah, geram, sedih, murung dan pelbagai sikap yang perlu diubah agar kembali normal. 

Perlu mencari seseorang agar dapat meluahkan apa yang terpendam di hati, kerana ia juga menjadi ubat / terapi diri.  Tetapi seseorang yang dimaksudkan biarlah seseorang yang boleh menjadi pendengar dan penasihat yang baik. 

Semasa STRESS sudah tentu hati tidak tenang, fikiran kusut dan perasaan bercampur baur.  Solat dan berdoalah agar hati kembali tenang.  Sesungguhnya ALLAH lah tempat mengadu. Disamping membaca AlQuran..

Ada orang akan menghabiskan masa dengan keluar bercuti ke sesuatu destinasi, shopping, bersendirian untuk mencari ketenangan dan pelbagai cara bergantung kepada individu itu sendiri menanganinya. 

Itu pun bergantung juga kepada punca STRESS itu sendiri.
Kadangkala orang yang menjadi penyebab kepada STRESS kepada orang lain turut perlu muhasabah diri dan perlu berubah.  Perlu sedar bahawa banyak cara atau alternatif lain selain memberi tekanan.  Perlu ada tolak ansur dan saling memahami.  Perlu juga sesekali meletakkan diri di tempat orang lain baru menjadi insan yang dihurmati dan disegani. 

Comments

Popular posts from this blog

HADYAI, PATTAYA, BANGKOK 1

HADYAI, PATTAYA, BANGKOK 5

HADYAI, PATTAYA, BANGKOK 4