SATU KEJUTAN

Berada di Kuala Lumpur bukan perkara yang sengaja dirancang.   pemergian ku ke sini hanya untuk menghantar seseorang yang menjadi sebahagian dari hidup ini.  Pada keesokan hari setelah tiba di Kuala Lumpur kakak ku meminta no. Kad Pengenalan.  Hati tertanya-tanya untuk apa tapi demi akur dengan kata-katanya ku catatkan no.Kad Pengenalan.  Harapan ku agar beliau tidak perasan tarikh lahir ku.

Pada malamnya kami keluar mengambil Permata Hati balik.  Semasa menunggu Permata Hati selesai, nampak kakak bergegas turun.  Dalam hati kecil ini mungkin dia nak cepat sebab kedai hampir tutup.

Kami terus ke satu destinasi di mana Buah Hati dan lain-lainnya telah lama menunggu.  Selesai pesanan makanan dan minuman dibuat,Permata Hati terus mengeluarkan Cheese Cake sambil menyanyikan lagu Happy Birthday.  Eh apa ni ..apa ni..ya allah surprised birthday party rupanya.  Patut kakak beria-ria minta no Kad Pengenalan siang tadi.  Relaks..relaks dalam hati sebak sangat kerana diri ini diingati.  Terima kasih Permata Hati, Buah Hati, kakak, abang ipar serta anak saudara bersama isterinya.  

Permata turut menghulurkan hadiah buat ku...terima kasih daun keladi tahun depan berilah lagi...he he he.  Tapi apa-apa pun bukan hadiah yang diingini tetapi kasih sayang yang luhur dan ikhlas (bukan plastik tau!!!).  Nampak keresahan di muka Buah Hati kerana beliau tidak mengetahui kejutan ini. Lantas memohon maaf kerana tidak memberikan hadiah buat ku. 

Ingatkan staf di Pejabat tidak menyedari hari lahir ku.  Rupa-rupanya sangkaan ku meleset sekali, ini sudah tentu gara-gara sahabat ku yang telah mencanangkan terlebih dahulu hinggakan bekas bos yang telah bertukar  pun mengucapkan Selamat Hari Lahir.  PERMATA HATI dan BFF Sempat melalui Whatsapp dan Sms mengucapkan Selamat Hari Lahir yang ku terima awal subuh.  Manakala beberapa orang CC dan Pegawai turut mengucapkan Selamat Hari Lahir melalui Whatsapp Group.  Kakak ku he he bikin gimik dengan memasukkan dalam FB sehari awal, adalah tu agendanya tersendiri.  Hem alasannya boleh diterima.  Redha je lah. Terima kasih semua kerana sudi meluangkan masa di FB, Whatsapp dan SMS untuk ku.  

Comments

Popular posts from this blog

HADYAI, PATTAYA, BANGKOK 1

HADYAI, PATTAYA, BANGKOK 5

HADYAI, PATTAYA, BANGKOK 4