IBU (BAHAGIAN 1)

Sepeninggalan ayahanda tercinta menghadap ilahi..seperti dunia ini tiada bererti lagi.  Tinggallah diri ini menemani ibu tercinta. 

Ibu adalah segalanya bagi ku.  Beliau selalu memberikan ku kekuatan semasa diri ku ditimpa musibah.  Selalu memberikan ku kekuatan dan semangat.  

Baru hari ini diriku merasakan sedikit kekuatan untuk merakamkan memori bersama mu IBU.  Sebenarnya entah mengapa setiap kali ku cuba untuk memulakan bait-bait ayat mengenai mu, mutiara jernih mula mengalir di kelopak mata ku.  Sebak tetap ada hingga kini tetapi digagahi juga biar pun IBU, kamu telah dua tahun lebih pergi meninggalkan anak mu.  Rasanya belum puas bermanja dengan mu.  Masa-masa yang indah bersama mu tetap dalam ingatan ku ini.  Setiap hari dan setiap waktu selesai solat tidak ku lupa mendoakan mu IBU DAN ABAH. Hanya itu yang mampu ku lakukan doa dari anak mu yang sentiasa mengingati mu.

IBU maafkan anak mu kerana tiada bersama mu semasa diserang angin ahmar.  Menemani mu di hospital bersama kakak ku (arwah) adalah pengalaman yang tidak dapat ku lupakan.  Siang dan malam..walau pun letih dan tidak cukup tidur dan adakalanya seperti hendak tumbang (pitam) ku gagahi jua.  Kamu memerlukan perhatian kerana keaktifan mu di tengah malam untuk melakukan exercise di katil hospital.  Dalam kesedihan bila difikir-fikirkan ada lawaknya  kerana cucu cicit semuanya berpakat tidur di hospital di kaki lima berhampiran katil IBU, malangnya semuanya dihalau oleh security guard. Manakala anak saudara ku turut dihalau. 

Menjadi sejarah dalam hidup ku beraya di hospital bersama IBU. 

Setelah IBU beransur pulih, ia dibawa ke rumah ku yang terletak berhampiran dengan hospital kerana pihak hospital memaklumkan sekiranya IBU sakit terus dibawa ke wad kecemasan.  Doktor tidak benarkan ia di bawa pulang .....Kami berdoa dan berharap tiada apa yang berlaku.

Sebagai langkah alternatif dengan saranan (lupa) agar ibu dirawat cara perubatan Cina.  Semuanya dilakukan demi kasih sayang kami buat mu IBU.  Seorang kakak ku (setia menemani ibu).  Manakala diri ku sendiri  telah kehabisan cuti kerana menemani ibu di hospital hanya berkesempatan menemuinya pada hujung minggu demikian juga kakak yang menetap di Kuala Lumpur, pasti menjenguk ibu bersama abang ipar dan anaknya.  Dan sekiranya beliau tidak dapat menjenguk ibu ku  kerana komitmen kerja beliau akan membenarkan isteri atau anaknya.

Dalam menjaga IBU, fasa awal setelah keluar hospital banyak perkara memerlukan kesabaran yang tinggi.  Sabar dengan kerenah IBU dan sabar dengan pelbagai kerenah lain.  IBU benar-benar memerlukan perhatian seratus peratus.  Bagi mereka yang pernah menjaga orang sakit saja yang faham dengan apa yang dimaksudkan. 

Setiap kali mengunjungi IBU abang ipar ku akan membawa IBU keluar bersiar setiap hari  menggunakan kereta  yang ku tinggalkan untuk kemudahan  IBU.  Manakala diri ku sendiri berjalan kaki ke tempat kerja ku dari rumah tumpangan (hotel) selama dua minggu.  Hasrat untuk menumpang di rumah kawan untuk buat sementara waktu tidak kesampaian kerana kawan ku tidak setuju.  Jalan terbaik buat sementara waktu ku pilih untuk menginap di hotel yang berhampiran dengan tempat kerja.  Dalam kesusahan inilah kita kenal erti KAWAN.   Kawan semasa kita senang ramai tetapi semasa kita dalam kesusahan ?.   

Comments

Popular posts from this blog

HADYAI, PATTAYA, BANGKOK 1

HADYAI, PATTAYA, BANGKOK 5

HADYAI, PATTAYA, BANGKOK 4