Posts

Showing posts from December, 2018

UMRAH 2018 - 17.11.2018

Image
Sedih..Hari ini akan berangkat ke Jeddah.  Apakah saya akan merasa kerinduan akan Masjidil Haram nanti, macam-macam perkara bermain di fikiran.  Kami dimaklumkan oleh Mutawwif agar melakukan tawaf wida' sebelum solat zohor.  Kami juga dimaklumkan selepas tawaf wida terus balik ke hotel. Kami akur akan pesanan nya. Kami di walkator menuju ke Masjidil Haram. Sekumpulan jemaah minum dan mengambil air.  Air zam zam disediakan dalam bekas seperti ini Sebelum masuk ke Masjidil Haram kami minum air zam zam mengadap ke arah kiblat dengan tiga kali nafas dan teguk.  Setiap kali nafas, sebut Alhamdullilah dan setiap kali minum dengan baca Bismillahirrahmanirrahim. Berdoa  dan minum dengan tangan kanan.   Zam-zam bermaksud air yang melimpah.  Telaga ini terletak lebih kurang 20 meter sebelah tenggara kaabah.  Mengeluarkan air yang tidak perlu dirawat dan tidak pernah kering.  Mukjizat Nabi Ismail bersama ibunya Siti Hajar oleh Allah.  Keutamaan ai

UMRAH 2018 - 16.11.2018

Image
Hari ini merupakan hari terakhir kami di bumi Mekah.  Entah bila kami akan dapat menjejak kan kaki ke sini lagi.   Lazimnya saya menggunakan I Pad untuk mengaji kerana mudah bagi saya menyambung bacaan selain dari surah-surah yang saya nyatakan di siri sebelum ini.  Tapi kali ini teringin menggunakan Quran Masjidil Haram. Di bahagian hadapan dicop dan sekiranya ia diwakafkan oleh seseorang akan dicatat nama individu tersebut.   Selalunya Malaysian Restaurant tempat persinggahan kami hanya untuk minum nescafe ais atau pun teh ais.  Memang sedap.  Nescafe memang disediakan di bilik tetapi setiap kali saya buat dan meminumnya saya rasa pening. Maggi yang dijual sebelah Malaysian Restaurant sedap.  Mungkin tekak sudah tidak boleh terima nasi Arab.  Hari-hari jemu juga. Satu lagi lupa nak maklum terdapat kedai berhampiran kedai aiskrim menawarkan makanan percuma kepada jemaah.  Lazimnya warga Pakistan yang ramai beratur.  Bagi sesiapa yang hendak bersedekah boleh ber

UMRAH 2018 - 15.11.2018

Image
Hari ini kami akan ke Taif.  Kota bersejarah.  Sementara saya menunggu Muttawif datang menjemput, saya sempat mengambil gambar Panorama di lobi hotel.   Kami menaiki bas dari Nada Daefa Hotel.  Jarak dalam 80 km.  Di Taif nabi Saw dan sahabatnya iaitu Zaid bin Harithah menerima layanan buruk bila berkunjung di Kota ini dari Mekah.  Usaha dakwah baginda di tolak.  Baginda dihina dan disakiti.  Dilontar dengan batu oleh penduduk Taif hingga cedera. Di atas adalah gambar bangunan di Tarif. Gambar pintu gerbang Masjid Abdullah Ibnu Abbas Panorama di sekitar Masjid Abdullah Ibnu Abbas Bahagian dalam ruang solat Masjid Abdullah Ibnu Abbas Gambar bersama Mutawwif Gambar bersama Mutawwif Gambar di hadapan Masjid Abdullah Ibnu Abbas Gambar bersama jemaah  Sedikit perkongsian tentang masjid ini. Abdullah Ibnu Abbas (sepupu r Rasulullah saw).  Pakar tafsir Al Quran dan berhasil meriwayatkan 1660 hadis nabi Saw selepas Abu Hurairah, Abdullah bin Umar, An