UMRAH 2018 - 13.11.2018


Hari ini selesai solat subuh kami berjalan ke Hotel Nada Daefah serta bersarapan di situ.  

Kelihatan terdapat pondok dengan tong air zam zam.  Ianya untuk kegunaan jemaah.
Perjalanan menuju hotel Nada Daefah.  Nampak tak bangunan merah, di belakang bangunan itu letaknya hotel Nada Daefah.

Hotel Nada Daefah.

Ziarah luar kami di bawa oleh Ustaz Asyraf.  Beliau membawa kami ke Jabal Tsur.  4 kilometer dari selatan Masjidil Haram. Kami tidak mendaki.  Merupakan sebuah bukit di mana terdapat gua (dipuncak)
  Rasulullah saw mendapat banyak ancaman dari kaum kafir.  Pemuka Quraisy memutuskan untuk membunuh Rasulullah saw.  Rumah Rasulullah saw telah dikepung dari setiap penjuru.  Rasulullah saw menyuruh Ali bin Abi Talib tidur dan memakai selimutnya.  Rasulullah keluar tanpa di sedari dan menuju ke rumah Abu Bakar untuk lari ke Jabal Tsur.  Kedua duanya bersembunyi di sini selama tiga hari tiga malam. Labah-labah menutup mulut gua manakala burung merpati membuat sarang.  Abu Bakar menyelamatkan Rasulullah saw daripada ular di dalam gua ini.  Keadaan ini berlaku ketika Rasul saw sedang tidur. Surah At Taubah ayat 40

Kami dibawa melewati Masjid Nimra.  Di sini Rasulullah saw menyampaikan  khutbah bersejarah terakhir haji.  Dimasjid inilah setiap tahun khutbah haji disampaikan. Di bahagian hadapan masjid ini terkeluar dari kawasan Arafah manakala bahagian belakang dalam kawasan Arafah.

Kami singgah di Jabal Rahmah.  Saya tidak mendaki sekadar merakamkan gambar sekitar.

Di sinilah tempat pertemuan Adam dan Hawa selepas keluar dari Jamaah kerana kesalahan memakan buah khuldi. Surah Al Maidah ayat 3. Di sinilah juga tempat umat Islam melakukan ibadah wukuf.

Kami singgah di miqat iaitu Jaranah.  Rasulullah pernah bermiqat di sini untuk mengerjakan umrah setelah pulang dari Perang Hunain. 

Terdapat se buah perigi - mukjizat Rasulullah saw sewaktu Baginda dan pasukannya kehabisan air setelah selesai perang Hunain.  Rasulullah saw berhenti di sini untuk membahagi-bahagi hasil rampasan perang.  Rasulullah saw memukul tongkatnya di mana keluar air.

Dalam perjalanan menuju ke Kota Mekah,  Kami melewati Jabal Nur (gunung cahaya).  Di sini Rasulullah saw pertama kali menerima wahyu dari Allah swt dan petunjuk untuk dirinya serta umat manusia seluruhnya untuk beriman dan mengabdikan diri kepada Allah yang maha esa.

Alhamdullilah kami berpeluang lagi menyempurnakan umrah badal kedua.  

Rasulullah saw bersabda "mengerjakan satu ibadat umrah dan diikuti satu ibadat umrah yang lain, menghapuskan dosa di antara keduanya".

Ikuti siri berikutnya

Comments

Popular posts from this blog

HADYAI, PATTAYA, BANGKOK 1

HADYAI, PATTAYA, BANGKOK 5

HADYAI, PATTAYA, BANGKOK 4