Posts

Showing posts from February, 2016

MAJLIS PERPISAHAN

Image
Kedua-dua individu ini sangat berjasa pada pandangan saya.  Walaupun jawatan tidak setinggi mana tetapi saya sangat menyenangi mereka mungkin kerana sikap mereka. Kini mereka telah mula bercuti bersara.  Kedua-duanya mempunyai persamaan dari segi ketinggian, nama dan perangai.  Pendekata macam kembar tidak seiras.  Saya selalu mencuba mereka dengan memberikan mereka sesuatu tugasan, alhamdulillah mereka laksanakan dengan tekun dan begitu fokus.  Bagi mengingati jasa mereka satu makan malam telah diadakan atas usul daripada bos.  Jamuan ini memang sepatutnya telah diadakan dua minggu yang lalu tetapi memandangkan kekangan dari segi masa maka ia ditangguhkan dulu. Perancangan diatur dan tempat yang difikirkan sesuai dan agak privasi adalah di Chedoq.  Setelah pengesahan kehadiran diperolehi saya dan tiga yang lain memikirkan menu BBQ atas permintaan bos.  Saya macam biasa walau majlis tu biasa-biasa jer tetap akan cuba memastikan agar majlis tersebut berjalan dengan baik dan lancar.

BANDUNG II

Image
Hari ini kami banyak menghabiskan masa di Hotel sementara menunggu  pemandu datang mengambil kami.  Apa lagi aktiviti kami adalah meninjau setiap sudut hotel untuk sessi bergambar.  Pekerja hotel di sini sangat sporting. Pantang dipanggil mereka akan datang menjadi jurugambar tidak kira lelaki atau wanita.  Menariknya di sini mereka semua berpakaian seragam bewarna hitam dari pegawai hingga pekerja bawahan.  Kami ke tingkat atas sekali untuk minum pagi.  Sambil minum para pengunjung berpeluang menikmati permandangan kota Bandung serta dibenarkan mengambil gambar. Di sini hanya yang bersarapan sahaja dibenarkan berbuat demikian. Kami kemudiannya bergerak ke Bandar Bandung untuk check in di hotel Ivory yang terletak tidak jauh dari lapangan terbang Bandung. Misi membeli belah pun bermula.  Kami ke Pasar Baru.  Sepanjang perjalanan ke Pasar Baru tidak kelihatan penyanyi jalanan mahu pun peminta sedekah. Banyak betul perubahan berlaku dalam tempoh beber

BANDUNG III

Image
Hari ini hari terakhir berada di Bandung.  Saya pagi-pagi lagi bangun dan berkemas. Macam biasa saya memang dah berkemas awal tetapi tetap juga pagi ni saya kemas lagi. Saya dan kakak turun menikmati sarapan pagi.  Kami memilih sudut paling jauh dan mula mengambil makanan sambil sesekali mata menjeling melihat ke arah dinding cafe Hotel Ivory yang dipenuhi lukisan di setiap sudut.  Tema mural adalah sesuai dengan cafe iaitu orang dan minuman.  Hem menarik sekali dengan kerusi dan kusyen di mana memberi keselesaan kepada yang menikmati hidangan. Selesai di setiap sudut kami mengambil gambar.  Kami pun naik masuk ke bilik. Setelah menemani BUAH HATI sebentar dii cafe kami menuju ke BOUTIQUE HIJAB dan satu boutique yang lain. Sempat membeli jubah sebagai kenang-kenangan. Kami ke cafe berhampiran iaitu Oxtale untuk menikmati makan tengahari dan masih meneruskan sesi berphoto di sini.  Rekabentuk dalamnya agak berbeza. Ia menggunakan tingkap sebagai hiasan dalamannya unik dan canti

BANDUNG

Image
Catatan perjalanan saya pada kali ini adalah ke Bandung, Indonesia. Ianya tiada dalam pelan saya tahun ini kerana fokus utama membuat tabungan untuk ke tanah suci Mekah.  Namun setelah menerima pelawaan dari Buah Hati dan setelah menerima alasan mengapa perlu ke sana saya bersetuju mengikutinya.  Seminggu sebelum ke Bandung saya membaharui pasport yang akan tamat tempoh beberapa hari lagi.  Malangnya dugaan pertama saya di Pejabat Imigresen kereta saya pula rosak (bateri).  Saya kemudiaanya membeli tiket bas untuk ke KL namun tiket itu tidak digunakan kerana saya perlu menghadiri mesyuarat di Kuala Lumpur sebelum ke sana. Sudah lama tidak keluar bersama-sama urusetia mesyuarat.  Seronok melihat keletah masing-masing.  Ada yang suka menyakat, ada yang tidak tidur sepanjang perjalanan ke KL dan pelbagai ragam.  Sempat bermalam di rumah PERMATA HATI. Pada keesokan hari saya, BUAH HATI dan kakak dihantar ke KLIA2 oleh seorang kenalan BUAH HATI.  Kami sampai di Bandung