MAJLIS PERPISAHAN

Kedua-dua individu ini sangat berjasa pada pandangan saya.  Walaupun jawatan tidak setinggi mana tetapi saya sangat menyenangi mereka mungkin kerana sikap mereka.

Kini mereka telah mula bercuti bersara.  Kedua-duanya mempunyai persamaan dari segi ketinggian, nama dan perangai.  Pendekata macam kembar tidak seiras. 

Saya selalu mencuba mereka dengan memberikan mereka sesuatu tugasan, alhamdulillah mereka laksanakan dengan tekun dan begitu fokus. 

Bagi mengingati jasa mereka satu makan malam telah diadakan atas usul daripada bos.  Jamuan ini memang sepatutnya telah diadakan dua minggu yang lalu tetapi memandangkan kekangan dari segi masa maka ia ditangguhkan dulu.

Perancangan diatur dan tempat yang difikirkan sesuai dan agak privasi adalah di Chedoq.  Setelah pengesahan kehadiran diperolehi saya dan tiga yang lain memikirkan menu BBQ atas permintaan bos. 

Saya macam biasa walau majlis tu biasa-biasa jer tetap akan cuba memastikan agar majlis tersebut berjalan dengan baik dan lancar.  Saya dan dua yang lain ke Chedoq melihat tempat dan laluan.

Pada malamnya saya bersiap-siap awal dengan mengenakan jubah yang dipakai semasa majlis Abil tempuhari.  Saja nak melaram.

Saya telah menyediakan puding triffe dan kek batik cheese.  Nak jimat kos BBQ malam ni.

Setibanya saya di Chedoq saya dapati tuanpunya resort sedang menyediakan api untuk BBQ nanti. 
Satu demi satu kereta mula sampai.  Sementara menunggu bos tiba, kami memulakan aktiviti bergambar sambil diselangi dengan usik mengusik di antara satu dengan lain.  Seronok rasa macam satu keluarga. 

Akhirnya bos sampai dan acara pun bermula.  Kasihan mereka yang diraikan dipaksa oleh pengacara majlis untuk memberikan ucapan.  Agak kelakar apabila salah seorang dari mereka memang tidak menyediakan teks ucapan jadi ucapannya diajar oleh pengacara majlis. 

Saya tidak terkecuali dari memberikan ucapan bagi mewakili unit.  Sengaja saya selitkan peristiwa dari mula mereka melapor diri ke unit..

Majlis diakhiri dengan ucapan bos dan seterusnya kami menjamu selera. 

Untuk kedua-dua yang diraikan, terima kasih tidak terhingga di atas sumbangan kamu selama ini. 

Comments

Popular posts from this blog

HADYAI, PATTAYA, BANGKOK 1

HADYAI, PATTAYA, BANGKOK 5

HADYAI, PATTAYA, BANGKOK 4