BANDUNG

Catatan perjalanan saya pada kali ini adalah ke Bandung, Indonesia.
Ianya tiada dalam pelan saya tahun ini kerana fokus utama membuat tabungan untuk ke tanah suci Mekah.  Namun setelah menerima pelawaan dari Buah Hati dan setelah menerima alasan mengapa perlu ke sana saya bersetuju mengikutinya. 

Seminggu sebelum ke Bandung saya membaharui pasport yang akan tamat tempoh beberapa hari lagi.  Malangnya dugaan pertama saya di Pejabat Imigresen kereta saya pula rosak (bateri).  Saya kemudiaanya membeli tiket bas untuk ke KL namun tiket itu tidak digunakan kerana saya perlu menghadiri mesyuarat di Kuala Lumpur sebelum ke sana.

Sudah lama tidak keluar bersama-sama urusetia mesyuarat.  Seronok melihat keletah masing-masing.  Ada yang suka menyakat, ada yang tidak tidur sepanjang perjalanan ke KL dan pelbagai ragam.  Sempat bermalam di rumah PERMATA HATI.

Pada keesokan hari saya, BUAH HATI dan kakak dihantar ke KLIA2 oleh seorang kenalan BUAH HATI. 

Kami sampai di Bandung dalam pukul 2.50 petang waktu Malaysia manakala 
1.50 waktu Indonesia.

Lapangan terbangnya kecil sangat dan tidak selesa terutama di tempat mengambil bagasi.

Kami kemudian dijemput oleh kawan BUAH HATI. Seronok pula mendengar mereka berbual dalam bahasa Indonesia.

Kami dibawa terus ke tempat penginapan kami di GHUniversal Hotel.  Cantik sangat hotelnya.  Sempat bergambar sewaktu BUAH HATI check in.  Hotel ini lokasinya di jalan menuju ke Tangkuban Perahu.







Kemudian kami dibawa ke Dusun Bamboo.  Satu tempat yang pada saya sangat cantik dan kreatif.  Pelbagai aktiviti disediakan namun kami hanya sempat ke tempat makan yang unik seperti sarang burung (itu tanggapan saya sahaja).  Agak tinggi tapi bagi orang yang gayat macam saya ni boleh lagi melaluinya untuk melihat sendiri dan sesi bergambar. Dalam perjalanan untuk ke setiap tempat makan tersebut kami melalui taman permainan kanak-kanak yang direka seperti dalam cerita dongeng inggeris. 




















 Selain itu juga kami melewati kebun bunga yang bunganya berkembang mekar almaklum cuaca sejuk seperti di Cameron Highlands.  Kami tidak sempat ke kebun Strawberry kerana hampir maghrib.  Masih banyak kawasan belum dijelajahi Kerana kesuntukan masa.


Ikuti sambungan siri perjalanan BANDUNG II




Comments

Popular posts from this blog

HADYAI, PATTAYA, BANGKOK 1

HADYAI, PATTAYA, BANGKOK 5

HADYAI, PATTAYA, BANGKOK 4