Posts

Showing posts from December, 2013

Kuih Bakar

Image
Bahan-Bahan: 3 biji telor 2 kotak kecil santan 1 kotak air 1/2 cawan gula Daun pandan 2 cawan tepung 2 sudu susu manis Cara membuat: Campur kesemua bahan ke dalam blender.  Blend hingga hancur. Tapis dan tuang ke dalam bekas yang telah disapu dengan minyak. Bakar selama 20 hingga 25 minit sekiranya menggunakan periuk ajaib. Cerita disebalik kuih bakar: Resepi ini diberi oleh seseorang yang mana dia sendiri tidak sempat mencubanya sendiri.  Dia peroleh resepi daripada saudaranya.  Baru-baru ini pula sahabat Nor mencuba memasak resepi ini untuk majlis jamuan di pejabat.  Ramai rakan-rakan memuji katanya sedap dan ada yang meminta resepi untuk mencubanya sendiri. Bercakap pasal kuih bakar teringat arwah ibu dulu selalu buat kuih ini cuma resepinya tidak sempat diambil. Alfatihah buat ibu ku kamu tetap di hati....

Kek Gulong Batik

Image
Bahan-Bahan: 9 biji kuning telor 6 biji putih telor 110 gm gandum 150 gm gula 2 sudu teh baking powder 1 sudu besar chocolate paste 60 gm tepung jagung 1 sudu besar quick 75 70 gm mentega cair Cara membuat: Campurkan kesemua bahan kecuali mentega cair. Putar sampai semuanya sebati. Masukkan mentega cair. Sediakan bekas pembakar dan alaskan dengan kertas minyak. Masukkan 3 Senduk saiz sedang ke dalam dulang pembakar. 1 Senduk lagi dimasukkan 2 sudu teh cappucino paste. Lorekkan ke dalam adunan tadi. Bakar sehingga kekuningan antara 10 - 15 minit. Angkat dan keluarkan dari bekas pembakar tadi. Terbalikkan dan sapu dengan jem. Gulung kek ini kemas-kemas. Sejukkan dan potong.  Sedia untuk dimakan. Cerita disebalik resepi ini: Resepi ini diperoleh dari buku resepi.  Beberapa kali mencubanya semasa arwah emak ada.  Beliau memberikan peransang agar Nor terus mencuba hingga menjadi.  Alhamdulillah berjaya akhirnya.  Pernah menerima tempahan sebelum hari raya aidilfitri