Kuih Bakar

Bahan-Bahan:

3 biji telor
2 kotak kecil santan
1 kotak air
1/2 cawan gula
Daun pandan
2 cawan tepung
2 sudu susu manis

Cara membuat:

Campur kesemua bahan ke dalam blender.  Blend hingga hancur. Tapis dan tuang ke dalam bekas yang telah disapu dengan minyak.

Bakar selama 20 hingga 25 minit sekiranya menggunakan periuk ajaib.

Cerita disebalik kuih bakar:

Resepi ini diberi oleh seseorang yang mana dia sendiri tidak sempat mencubanya sendiri.  Dia peroleh resepi daripada saudaranya. 

Baru-baru ini pula sahabat Nor mencuba memasak resepi ini untuk majlis jamuan di pejabat.  Ramai rakan-rakan memuji katanya sedap dan ada yang meminta resepi untuk mencubanya sendiri.

Bercakap pasal kuih bakar teringat arwah ibu dulu selalu buat kuih ini cuma resepinya tidak sempat diambil. Alfatihah buat ibu ku kamu tetap di hati....

Comments

Popular posts from this blog

HADYAI, PATTAYA, BANGKOK 1

HADYAI, PATTAYA, BANGKOK 5

HADYAI, PATTAYA, BANGKOK 4