Kek Gulong Batik

Bahan-Bahan:

9 biji kuning telor
6 biji putih telor
110 gm gandum
150 gm gula
2 sudu teh baking powder
1 sudu besar chocolate paste
60 gm tepung jagung
1 sudu besar quick 75
70 gm mentega cair

Cara membuat:

Campurkan kesemua bahan kecuali mentega cair.
Putar sampai semuanya sebati.
Masukkan mentega cair.
Sediakan bekas pembakar dan alaskan dengan kertas minyak.
Masukkan 3 Senduk saiz sedang ke dalam dulang pembakar.
1 Senduk lagi dimasukkan 2 sudu teh cappucino paste.
Lorekkan ke dalam adunan tadi.
Bakar sehingga kekuningan antara 10 - 15 minit.
Angkat dan keluarkan dari bekas pembakar tadi.
Terbalikkan dan sapu dengan jem.
Gulung kek ini kemas-kemas.
Sejukkan dan potong.  Sedia untuk dimakan.

Cerita disebalik resepi ini:

Resepi ini diperoleh dari buku resepi.  Beberapa kali mencubanya semasa arwah emak ada.  Beliau memberikan peransang agar Nor terus mencuba hingga menjadi.  Alhamdulillah berjaya akhirnya.  Pernah menerima tempahan sebelum hari raya aidilfitri dan juga dari kenalan rapat.  Kini kerana kesuntukan masa, buat  sekadar mengisi masa lapang je...

Kek ini juga merupakan salah satu kek kegemaran arwah kakak (Kak Zam).  Beliau paling suka sewaktu kek ini masih panas lagi..dan meminta Nor memotongnya di bahagian tepi, sedap katanya..tapi kini semuanya tinggal kenangan..

Comments

Popular posts from this blog

HADYAI, PATTAYA, BANGKOK 1

HADYAI, PATTAYA, BANGKOK 5

HADYAI, PATTAYA, BANGKOK 4