Posts

Showing posts from October, 2016

CHIANGMAI, THAILAND IV

Image
Hari ini awal pagi saya pastikan semua barang telah dikemas dan disimpan dalam bag.  Sekejap je berada di sini dah nak balik.   Kami bergerak turun dengan membawa bag pakaian.  Minum pagi sebentar di kafetaria hotel.   Ruang makannya luas dan terdapat pelbagai jenis makanan termasuk nasi beriani.   Tapi saya tidak, menjamah nya .  Saya hanya makan roti Bakar dan buah-buahan.   Selesai sarapan,  saya dan lain-lain menuju ke bas.   Kami dibawa menuju ke 3D Museum Chiangmai.   Tidak sempat merakam gambar di bahagian luar.  Segala bayaran telah termasuk dalam pakej kami.   Masuk sahaja kami mula teruja untuk bergambar.   Lihatlah hasilnya di sini. Masih boleh senyum....  Terkurung dalam botol...  Minum sebotol dengan beruang kutub... Bolehlah Aksi tidak menjadi...  Ada hati nak lawan Pak Belang Dahaganya minum jap Seperti puteri rasanya,  puteri keempat jer berbaju kelabu Terima kasih bagi saya rantai He he ada hati nak lukis potret Monalisa Nak tu

CHIANGMAI, THAILAND III

Image
Pagi lagi saya bangun.   Subuh di sini jam 05.04 pagi.   Pukul 6 pagi di, sini macam pukul 7.00 pagi waktu Malaysia,  dah cerah. Saya hanya minum pagi di bilik bersama rakan sebilik sambil alas perut dengan roti yang dibawa dari Malaysia.   Saya turut membawa bekalan untuk makan dalam perjalanan nanti seperti biskut. Sebaik turun dan meninggalkan kunci bilik di kaunter,  kami terus menaiki bas.  Kami diberikan air mineral sebotol seorang.  Thip mula melaksanakan tugas sebagai pemandu pelancung dengan memegang microfon sambil berdiri.   Mula bercerita sepanjang perjalanan.   Kelihatan juga sawah padi dan  jagung diusahakan di sini.  Kami akhirnya sampai ke Mae Kajan Hotspring.   Saya seperti biasa akan ke toilet terlebih dahulu.   Satu keunikan toilet mereka di mana setiap toilet ada kolah kecil.    Kami sempat bergambar beramai-ramai di kolam air panas.   Takut juga sebab kuat bunyi serta berasap.   Air bergelombang.   Kemudian kami dipanggil ke kedai Good Northern Coffee yang terle

CHIANGMAI, THAILAND II

Image
Saya dan rombongan tiba dalam pukul 8 lebih waktu Thailand.   Kami memasuki ruang imigresen.   Tiba-tiba saya ternampak sesuatu berlaku.   Rupa-rupanya salah seorang dari ahli rombongan telah dirampas handphone kerana bergambar (selfie).   Berlaku salah faham pegawai imigresen kerana disangkakan gambarnya diambil.   Akhirnya handphone dikembalikan dengan amaran. Takut juga melihat rupa kakitangan imigresen yang bertugas ni... Masam semacam.   Pengalaman saya di Auckland,  kakitangan mereka sangat berhemah dan sempat bersembang dan bertanya khabar semasa melaksanakan tugas,  sangat ramah.   Sewaktu kami mahu keluar dari terminal lapangan terbang untuk menuju ke bas,  kami disambut seorang perempuan Thailand lengkap berpakaian kebangsaan Thailand dengan mengalungkan ke leher kami kalungan bunga sambil seorang lagi lelaki mengambil gambar kami seorang demi seorang.  Wow!!!  Ini pengalaman pertama saya disambut sebagai pelancung.   Kami kemudian lantas menaiki bas.  Saya dan ahli ro