CHIANGMAI, THAILAND II

Saya dan rombongan tiba dalam pukul 8 lebih waktu Thailand.   Kami memasuki ruang imigresen.   Tiba-tiba saya ternampak sesuatu berlaku.   Rupa-rupanya salah seorang dari ahli rombongan telah dirampas handphone kerana bergambar (selfie).   Berlaku salah faham pegawai imigresen kerana disangkakan gambarnya diambil.   Akhirnya handphone dikembalikan dengan amaran.

Takut juga melihat rupa kakitangan imigresen yang bertugas ni... Masam semacam.   Pengalaman saya di Auckland,  kakitangan mereka sangat berhemah dan sempat bersembang dan bertanya khabar semasa melaksanakan tugas,  sangat ramah. 

 Sewaktu kami mahu keluar dari terminal lapangan terbang untuk menuju ke bas,  kami disambut seorang perempuan Thailand lengkap berpakaian kebangsaan Thailand dengan mengalungkan ke leher kami kalungan bunga sambil seorang lagi lelaki mengambil gambar kami seorang demi seorang.  Wow!!!  Ini pengalaman pertama saya disambut sebagai pelancung.   Kami kemudian lantas menaiki bas. 

Saya dan ahli rombongan dibawa melawat  Mae Taman Elephant Camp.   Dalam perjalanan sempat melihat bangunan dan tertarik kepada wire elektrik.   Hem macam Vietnam.   Berselirat.   



Panas cuaca di sini.   Dalam perjalanan saya melihat camp gajah di sepanjang sungai.   Akhirnya bas berhenti di salah satu camp. 

Kami dibawa terus melihat pertunjukan gajah.  Kerusi panjang disediakan berbumbung.  Cuaca Agak panas. Kemahiran gajah memahami nama masing-masing sewaktu nama dipanggil.   Macam-macam aksi dibuat oleh gajah sewaktu nama masing-masing disebut. Memang menghiburkan. 

Acara demi acara dipertontonkan dari gajah menendang bola ke gol,  memakaikan topi ke kepala,  hah yang ini dalam takut saya mencuba di mana gajah meletakan kopi di atas kepala.. Takut juga... serta yang paling menarik kemahiran dua ekor gajah melukis. Lukisan ini dijual sekiranya ada yang berminat. 


Selesai pertunjukan kami makan tengahari di sini. Saya hanya menjamah roti dengan planta dan buah dengan air sejuk.   Pelbagai makanan disediakan.  Kami tidak sempat menaiki gajah kerana kesuntukan masa.  

Kami bergerak ke Mix Hill Tribes Village.   Satu perkampungan yang dibina merupakan pondok-pondok kecil.   Setiap pondok ada seorang wanita menunggu dengan pakaian tradisi suku kaum seperti Long Neck,  White Karen,  Lahuchibilah,  Mong (Meo),  Pharong (Long Ears)  serta barangan jualan seperti shawl, alas meja,  kraf dan lain-lain. 



Satu-satunya yang berleher panjang di perkampungan ini,  wajah beliau boleh dilayari di laman sosial. 

Di sini saya sempat membeli alas meja.   

Kami bergerak ke hotel untuk daftar masuk.   Lokasi hotel ini di tengah-tengah bandar.  Setelah mengambil kunci bilik saya dan lain-lain dihidangkan dengan air limau.   Saya dapat bilik di tingkat enam .  Bilik saya menghala ke kolam renang dan menghala ke hotel yang Agak tinggi juga. 

Setelah berehat sebentar saya dan lain-lain bersiap untuk makan malam di Khun Kantoke Dinner.  Ka. I berkumpul di lobi dan sempat bergambar. 


Sebuah bangunan yang besar dan luas.   Kami  disambut oleh tiga gadis yang berpakaian tradisional sedang memainkan alat muzik tradisonal.   

Kami memasuki ruang makan.   Kasut ditinggalkan di rak kasut yang disediakan.  Tempat makan berbumbung dan duduk dgn kaki dimasukkan ke bahagian bawah meja manakala ada juga duduk di kaki lima menghadap ke ruang tengah kosong.   Diletakkan tempat duduk beralas.   Kami dibawa duduk di meja makan dengan memasukan kaki ke dalam ruangan kosong di bawah meja.

Seperti gambar tertera di atas adalah antara menu utama makan malam kami.   Saya hanya merasa goreng pisang dan pulut.   Jangan tanya mengapa yang lain saya tidak menjamahnya.. Ianya halal.  Goreng pisang di sini ditabur bijan.  Ada kelainan.  

Semasa makan,  kami didatangi dua orang gadis berpakaian tradisional.  Mereka akan berada di belakang setiap orang untuk sesi bergambar.   Rupa-rupanya sekejap lagi mereka akan datang sambil menghulurkan gambar yang diambil tadi sambil menyebut 100 baht.   Oooo baru saya perasan kalau macam ni kita terkena.. Tak apalah kan untuk kenang-kenangan. 


Setelah makan kami dihiburkan dengan pertunjukan kebudayaan Thailand.   Sempat melihat sekejap kerana ramai telah keluar.   

Kami kemudian  menaiki bas untuk balik ke hotel.   

Sampai di hotel saya dan lain-lain tidak naik ke bilik malahan terus berjalan kaki menuju ke pasar malam yang terletak di sepanjang bahu jalan di deretan kedai.   Panjang juga di kiri dan kanan,  malangnya saya terlupa untuk mengambil gambar pasar malam ini.   Namun menurut Thip (Kakitangan Travel Agency)  kami selamat di situ kerana tiada penyeluk saku.  Tetapi saya tetap mengambil langkah berjaga-jaga.   

Melalui gerai-gerai kecil dengan pelbagai jualan seperti shawl,  t shirt,  key chain,  bunga sabun,  sunglass dan lain-lain memang menyeronokkan.   Memang baik (terapi minda). 

Tercari-cari juga Thai Silk namun masih tidak kelihatan tetapi menurut sumber Thai Silk ada dijual di situ.   Akhirnya saya melalui laluan kedai dan terpandang Thai Silk.   Kami memasuki kedai tersebut.   Wow!!!!!   Saya dah mabuk dengan pelbagai warna serta corak dari berpatern kepada plain.  Pening dah kepala nak pilih.   Akhirnya rakan-rakan memilih warna.  Di sini boleh tawar menawar dari 950 baht saya dapat 800 baht bersamaan lebih kurang RM100.00 duit kita.   Di sini lerang kainnya kecil dan telah siap potong 4 meter.   Saya pilih yang bercorak.   

Kualiti kain jenis ini lembut.   He he sejuk mata memandang. 

Rasa lega setelah apa yang telah dirancang dari Malaysia lagi berjaya diperolehi.   

Kemudiannya saya mengikut teman ke kedai makan muslim yang terletak berhampiran satu-satunya masjid di Chiangmai.  kedai dan, warung berhampiran adalah halal.   Baru rasa tiada waswas untuk makan. 

Ikan masak tiga rasa,  sayur,  telor dadar sudah cukup membuatkan saya mengenepikan ikan jenis apa.   Belasah je dah... Di sini tiada minuman panas seperti nescafe,  milo , kopi dan lain-lain.   Hanya ais sejuk kosong disediakan.   Jika mahu minum air selain dari itu,  air botol sahaja dan perlu diambil sendiri. 

Hampir terlupa saya,  boleh pula saya berjumpa dengan senior dan, kawan-kawannya.  Mereka pun makan di sini. 

Selesai makan kami mengorak langkah pulang ke hotel.   Tapi saya dan seorang lagi singgah sebentar di 7 eleven yang terletak di hadapan hotel untuk membeli sim card. Harganya dalam RM299 baht. 


Hanya ke kaunter dan beritahu sim card dan hulur pasport. 

Sampai di bilik saya terus membersihkan badan , solat serta  menggosok baju untuk dipakai pada hari esok.   Kerana esok awal pagi kami akan bergerak ke Golden Triangle. 

Sekiranya berminat mengetahui apa cerita pada hari esok,  sila ikuti siri berikutnya.   Selamat malam. 




Comments

Popular posts from this blog

HADYAI, PATTAYA, BANGKOK 1

HADYAI, PATTAYA, BANGKOK 5

HADYAI, PATTAYA, BANGKOK 4