CHIANGMAI, THAILAND III

Pagi lagi saya bangun.   Subuh di sini jam 05.04 pagi.   Pukul 6 pagi di, sini macam pukul 7.00 pagi waktu Malaysia,  dah cerah.

Saya hanya minum pagi di bilik bersama rakan sebilik sambil alas perut dengan roti yang dibawa dari Malaysia.   Saya turut membawa bekalan untuk makan dalam perjalanan nanti seperti biskut.

Sebaik turun dan meninggalkan kunci bilik di kaunter,  kami terus menaiki bas.  Kami diberikan air mineral sebotol seorang.  Thip mula melaksanakan tugas sebagai pemandu pelancung dengan memegang microfon sambil berdiri.   Mula bercerita sepanjang perjalanan.  

Kelihatan juga sawah padi dan  jagung diusahakan di sini. 



Kami akhirnya sampai ke Mae Kajan Hotspring.   Saya seperti biasa akan ke toilet terlebih dahulu.   Satu keunikan toilet mereka di mana setiap toilet ada kolah kecil.   



Kami sempat bergambar beramai-ramai di kolam air panas.   Takut juga sebab kuat bunyi serta berasap.   Air bergelombang.  







Kemudian kami dipanggil ke kedai Good Northern Coffee yang terletak berhampiran.   Di sini pengunjung dihidangkan dengan air kopi sambil pengunjung merendamkan kaki mereka di kolah air panas yang disediakan.  Saya hanya minum air sahaja.  Kopi dicampur dengan gula perang.   Manakala rakan-rakan yamg lain mrendamkan kaki mereka. 





Tuala kecil disediakan untuk lap kaki yang kemudiannya tuala yang telah digunakan diletakkan ke dalam bakul kosong. 

Kami kemudiannya menaiki semula bas.   Akhirnya sampai ke Mae Sai.   Sebuah bandar di sempadan Myanmar.   Kelihatan kedai dan penjaja menjual makanan serta air.  

Kami berjalan kami untuk sesi bergambar.   

SempadanThailand Burma yang dipisahkan oleh, sebuah jambatan. 


Di sini adalah tempat paling utara Thailand .

Selesai sesi bergambar kami mula meninjau t shirt di deretan kedai untuk kembali ke bas.   Saya hanya melihat batu permata namun tidak berminat membelinya.   Di sini harga t-shirt sehelai dalam 100 baht ke 160 baht.   Ada yang menjual semua size dalam harga yang sama dan ada menjual mengikut size. 

Di sini saya sempat membeli t-shirt 


Saya terus ke tempat yang mana kami mula-mula turun dari bas tadi takut lambat.   Kelihatan beberapa orang dari anggota rombongan sedang minum.   Alahai dahaganya.   

Kemudian setelah cukup semuanya saya dsn yang lain-lain menaiki bas. Kami dibawa ke sebuah restoran muslim.   Hem lega rasa setelah melihat ayat-ayat al quran.   Saya pun tanpa ragu-ragu mula merasai masakan sini.   Tapi sejujurnya saya tidak menggemari tomyam sini sebab terlalu banyak halia. Setelah selesai makan tengahari,  saya dan lain-lain menuju ruang solat yang disediakan di bangunan ini.   Satu bilik berkongsi dengan lelaki. 

 Destinasi kami seterusnya adalah ke Bermuda Triangle di mana Sungai, Mae Khong mengalir melalui tiga sempadan bagi tiga negara iaitu Thailand,  Laos dan Burma .  Menghampiri Sungai Mae Khong,  kelihatan tesergam patung Budha besar.   Kelihatan juga kedai-kedai kecil menjual t-shirt seluar,  topi kait dan pelbagai cenderahati.   Di sini saya sempat membeli cenderahati. 

Dalam leka membelek saya dapati ahli kumpulan saya telah tidak kelihatan,  cepat-cepat saya bersama seorang lagi rakan bergegas ke boat.  Alhamdulillah  mereka semuanya telah menaiki boat. 

Kami dibawa menyusuri sungai Mae Khong dan dimaklumkan oleh Thip (pemandung pelancong)  tentang sempadan Thailand,  Burma dan Laos.   Beliau turut menunjukan beberapa bangunan di Laos iaitu Kasino.   Cuaca masa ini tersangat panas. 

Setibanya kami Laos,  boat kami menghampiri jeti.   Kelihatan kanak-kanak laos menghampiri boat dan meminta duit dari kami.   Ada yang menggendong adik yang masih bayi lagi. 

Kami semua terus berjalan menuju ke kedai-kedai yang banyak. 


 Saya tidak berkesempatan meninjau lebih jauh kerana saya telah terpisah dengan rakan yang lain kerana saya berhenti memilih t-shirt sambil tawar menawar. 

Saya akhirnya mengambil keputusan menunggu sahaja sambil duduk di kerusi batu yang disediakan di bawah pokok.  Saya dipanggil oleh pemandu pelancong supaya duduk di gerai minuman sambil menunggu mereka yang lain.  Alang-alang menunggu tambahan pula cuaca panas,  saya dan seorang lagi rakan memesan air kelapa.   Harga sebiji kelapa 50 baht.   Berkongsi pula minuman ini dengan seseorang.. Tidak sangka pula ianya terjadi dan tidak, sangka juga ada yang menjeling. 

Di sini juga ada jualan bag baju,  bag tangan , sutera Laos dan pelbagai.   

Saya dan yang lainnya kembali menaiki bot.   Dan seperti tadi juga kanak-kanak Laos menghampiri kami meminta duit.   

Sampai di jeti tadi sempat lagi membi belah sekejap.   Kami menaiki bas untuk pulang ke hotel.  Dalam perjalanan pulang kami singgah makan di restoran halal.   

Sampai di Chiangmai,  jam 11 malam.   Sempat kami ke pasar malam tetapi kedai yang saya cari telah tutup.   Saya pula terpisah dengan rakan.  Saya kemudiannya terus pulang ke hotel.   Berkemas untuk pulang...

Ikuti siri berikutnya..... 



Comments

Popular posts from this blog

HADYAI, PATTAYA, BANGKOK 1

HADYAI, PATTAYA, BANGKOK 5

HADYAI, PATTAYA, BANGKOK 4