CHIANGMAI, THAILAND IV

Hari ini awal pagi saya pastikan semua barang telah dikemas dan disimpan dalam bag.  Sekejap je berada di sini dah nak balik.  

Kami bergerak turun dengan membawa bag pakaian.  Minum pagi sebentar di kafetaria hotel.   Ruang makannya luas dan terdapat pelbagai jenis makanan termasuk nasi beriani.   Tapi saya tidak, menjamah nya .  Saya hanya makan roti Bakar dan buah-buahan.  

Selesai sarapan,  saya dan lain-lain menuju ke bas.   Kami dibawa menuju ke 3D Museum Chiangmai.   Tidak sempat merakam gambar di bahagian luar.  Segala bayaran telah termasuk dalam pakej kami.  

Masuk sahaja kami mula teruja untuk bergambar.   Lihatlah hasilnya di sini.

Masih boleh senyum.... 

Terkurung dalam botol... 

Minum sebotol dengan beruang kutub... Bolehlah

Aksi tidak menjadi... 

Ada hati nak lawan Pak Belang

Dahaganya minum jap

Seperti puteri rasanya,  puteri keempat jer berbaju kelabu

Terima kasih bagi saya rantai

He he ada hati nak lukis potret Monalisa

Nak turun ke air

Ya Allah gayatnya.. 
Zam zam ala kazam.. Kemana kita ni!!! 

Ok tak? 

Ha ha genie dah keluar.. Gosok lagi sapa suruh gosok lampu ajaib

Tak lepas ke mana dah!!! Telah diikat

Sebenarnya inilah pengalaman pertama saya memasuki muzium 3D. Gambar yang dipaparkan hanyalah sebahagian sahaja.   Sebenarnya saya lebih banyak menvambil gambar rakan yang lain.   Pada setiap gambar di lokasi berhampiran ada ditunjukkan cara-cara bergambar.   Tapi saya dan lain-lain ikut suka hati jer... Free style. 

Setelah itu saya dan lainnya bergerak keluar.  Malang tidak berbau dalam perjalanan menuju ke bas saya terjatuh.. Semuanya terpaku.   Perit di lutut mula terasa.  Saya gagahi berjalan ke bas. 

Perjalanan seterusnya ke produk makanan kesihatan iaitu Royal Jelly Bee atau Madu.   Kami dibawa ke sebuah bangunan dan disambut oleh pekerja di situ.   Kami dibawa masuk ke sebuah bilik.  Seorang kakitangan masuk dan memberi penerangan keluaran produk.   Saya hanya melihat sahaja dan minum air yang dihidangkan... Sedap.   


Sempat saya menikmati aiskrim dari honey.. 

Kami dibawa pula ke kilang permata.   Kami seperti biasa disambut oleh kakitangan yang berpakaian blazer dan kot bagi lelaki dan wanita. Kami, dibawa melihat video dan dibawa ke bahagian pembuatan batu permata ditunjukkan cara dari awal hingga akhir.  Ramai pekerja di sini.   

Setelah itu dibawa masuk ke dewan jualan.   Memang cantik tapi saya memang dari awal tidak ada niat untuk membelinya.   Saya hanya meninjau sahaja.   Akhirnya saya membeli... Bukan permata tetapi sabun muka ROYAL yang dibuat dari beras jasmine.   Menurut kakak saya bagus sabun ni... 





Saya seperti biasa tidak akan lama bimbang orang menunggu di bas.   

Destinasi seterusnya ke kedai Sutera Thai.   Ini yang ditunggu-tunggu.   Kami dibawa melawat tempat pembuatan dari ulat hingga menjadi benang dan dari benang ditenun menjadi kain. 
Dalam hati mesti mahal di sini.   Setelah melihat dan diberi penerangan,  kami dibawa ke tempat jualan.   Telan air liur dibuatnya.   Saya mula meninjau dan memilih kain untuk dipadankan dengan kain sutera bercorak yang telah saya beli sebelumnya.   Di sini kain sutera kosong ada dua pilihan harga iaitu 700 lebih baht dan 900 lebih baht untuk semeter antara RM80 lebih semeter dan RM100 lebih semeter.   Ada juga kain cotton bercorak.   Fikir punya fikir tambahan pula di sini card Credit diterima saya pun terbeli.   


Cuma yang bercorak tu beli di kedai di sekitar hotel dalam RM100 bagi empat meter.   Di tempat lawatan tiada yang bercorak seperti ini. 

Di sini saya juga sempat membeli cenderahati seperti purse yang dibuat dari sutera thai. 

Saya dan yang lainnya dibawa ke kedai makan muslim.   Semasa makan datang pula penjaja Thai Silk membawa pelbagai warna... Siap terima duit Malaysia lagi.   Macam tahu jer kami dah kehabisan matawang Baht. 

Selesai makan,  kami dihantar ke Airport.   Berdebar takut timbangan melebihi had.   Alhamdulillah semuanya ok.   Sempat lagi membeli cenderahati lagi di airport. Di sini kami sempat solat di bilik khas untuk muslim.  Selesai urusan check in kami masuk ke Balai Berlepas.   Flight delay tapi tidak lama.   Sempat saya dan yang lain-lain minum hot chocolate dibelanja oleh Nasya... ha ha ha tayang lagi matawang Baht dia banyak tak habis.   Akhirnya habis ke kami.   Bos pun tumpang sekaki. 

Kami akhirnya menaiki pesawat pulang ke Malaysia.   Dalam pesawat saya tidur kerana keletihan. 

Rumusan dari trip saya kali ini:
(a) Pengalaman pertama ke negara Thailand terutama di Imigresen mendebarkan.   Mereka langsung tidak mesra. 
(b) Perlu bawa kelengkapan seperti plaster dan lain ubat-ubatan sebagai langkah  berjaga-jaga. 
(c) Semakin akrab persahabatan. 
(d) Jangan terlalu over (berbual dengan suara yang kuat dalam bas sambil ketawa berdekah-dekah)  sebab membuatkan orang lain rasa meluat. 
(e) Trip yang pendek membuatkan kita perlu pandai membuat pilihan yang tepat apa yang mahu dibeli untuk diri dan cenderahati.   Lazimnya perlu dirancang dari awal.   Alhamdulillah saya telah membuat persediaan awal dari Malaysia lagi. Kerana percutian yang pendek membuatkan masa untuk membeli belah adalah terbatas. Kebanyakan masa banyak dihabiskan di dalam bas dan lawatan. 
(f) Menghargai dan menghayati kebudayaan negara yang dilawati. 
(g) Keunikan Chiangmai pada saya adalah Long Neck dsn Long Ears.
(h) Menarik di sini sangat banyak 7 eleven. Mudah untuk pelancung mendapatkan barang keperluan harian. 

Banyak lagi tempat yang tidak sempat saya lawati kerana kesuntukan masa.   Tetapi Alhamdulillah setidak-tidaknya saya dapat melihat sendiri dan dapat melihat negara luar serta cuba menyelami budaya,  memerhati prasarana,  bentuk bangunannya dan pelbagai lagi. 

Semuga diberi peluang di lain kali menjejakkan kaki ke Acheh,  Lombok, Bali, Phuket dan in sya Allah ke Makkah sekiranya diizinkan Allah.....
 




Comments

Popular posts from this blog

HADYAI, PATTAYA, BANGKOK 1

HADYAI, PATTAYA, BANGKOK 5

HADYAI, PATTAYA, BANGKOK 4