Posts

Showing posts from November, 2018

UMRAH 2018 - 11.11.2018

Image
Alhamdulillah..setelah solat subuh kami ke menikmati minum pagi di hotel penginapan.  Kami telah diingatkan oleh mutawwif makanan di hotel ini adalah hidangan international.. Memang terdapat banyak hidangan.   Hari ni kami rehat dahulu dari melakukan umrah.   Dapatkan stamina untuk umrah berikutnya.  Sebelah petang sementara menunggu asar, kami berjalan sekitar penginapan dan teringin pula untuk mencuba aiskrim Mekah.  Buah Hati membawa kami ke kedai yang pernah beliau pergi semasa umrah dahulu...Memang lain rasanya dan sedap.  Kali pertama merasainya. Berlatar belakang kedai aiskrim Walkalator dari hotel melalui mall.  Kelihatan di bawah Bin Dawod, Buskin Robin, kedai minyak wangi, kedai jam, jubah, KFC, Pizza dan pelbagai jualan.  Laluan utama pintu masuk ke Hotel  Laluan pintu masuk Masjidil Haram yang digunakan kami. Bahagian ceiling Masjidil Haram Permaidani di ruang solat wanita Petugas di ruang solat wanita sentiasa memastikan kebersihan dengan meng

UMRAH 2018 - 10.11.2018

Image
Hari ini kami berkumpul di lobi hotel untuk ziarah dalam selepas sarapan pagi.  Sementara menunggu sempat saya mengambil gambar lobi hotel dan juga harga makanan dan minuman. Paling sedap tiap kali sarapan atau makan tengahari atau makan malam saya akan mencari air mango.  Lazimnya di ruang makan disediakan air mango, air jus epal, air jus buah campuran, air panas.  Memang sedap!!! Ustaz Shah memberi penerangan ringkas sebelum kami memulakan ziarah dalam.  Seterusnya membawa kami menyusuri Masjid Nabawi. Persinggahan pertama kami adalah Sakifah Bani Saedah.  Tempat di mana Abu Bakar AlSiddiq di baiat menjadi Khalifah pertama.  Yang mana kemudiannya tempat ini menjadi tempat berkumpulnya kaum Ansar.  Sekarang ia menjadi sebuah taman di Kota Madinah.   Taman ini terletak di sebelah Masjid Nabawi.   Kami teruskan perjalanan.  Dari jauh kelihatan canopy yang banyak.  Rupa rupanya di sini lah tempat y

UMRAH 2018 - 9.11.2018

Image
Hari ini aktiviti bebas.   (Gambar di perkarangan masjid nabawi) (Gambar pintu 25) (Bahagian dalam masjid Nabawi) (Gambar ceiling Masjid Nabawi) (Gambar bahagian dalam masjid Nabawi) (Gambar permaidani Masjid Nabawi di ruang solat) (Gambar tempat air zam zam yang diletakkan di dalam masjid untuk jemaah.  Gelas plastik yang disusun sebelah kanan adalah untuk kegunaan jemaah dan perlu diletakkan di sebelah kiri setelah menggunakannya) Sementara menunggu waktu solat dan esok pula kami akan berangkat ke Tanah suci Mekah, saya bersama kakak dan anak saudara menghirup udara Madinah yang segar dan sejuk sambil berjalan-jalan. H&M pun ada di sini.  Kelihatan dari laluan kami dari hotel ke Masjid.  (Gambar kenangan di hadapan hotel penginapan) Hari ini setelah berjalan di sekitar hotel baru saya tahu lokasi pasar kurma.  Tidak jauh dengan hotel penginapan iaitu di sebelah belakang. Kalau dulu, pasar kurma merupakan salah satu lokasi ziarah na

UMRAH 2018 - 8.11.2018

Image
Hari ini saya bersama kakak dan buah hati menuju Masjid Nabawi untuk menunaikan solat subuh.  Kelihatan orang berduyun-duyun menuju ke Masjid Nabawi melalui pintu 25 dan pintu-pintu yang lain.  Ada yang lebih selesa solat di luar.  Kami dibekalkan bag kasut oleh Travel Agency, jadi sampai sahaja sebelum masuk, kami menanggalkan kasut serta memasukkannya ke dalam bag tersebut dan membawanya masuk bersama. Pintu 25 ini khusus untuk wanita sahaja.  Di pintu masjid yang kami lalui ini terdapat dua petugas wanita memeriksa setiap bag yang dibawa masuk.  Pertama kali menunaikan solat subuh di Masjid Nabawi saya menitiskan airmata kerana terlalu sebak. Solat di Masjid Nabawi ini menyamai 1000 kali solat berbanding masjid lain kecuali Masjidil Haram.  Masjid Nabawi ini adalah masjid kedua dibina Rasulullah S.A.W setelah Masjid Quba.  Dalam perjalanan pulang saya tercari-cari hotel yang pernah saya duduk dahulu namun tidak kelihatan.  Dalam hati berkata-kata "tak mengapalah" sambil