UMRAH 2018 - 11.11.2018
Alhamdulillah..setelah solat subuh kami ke menikmati minum pagi di hotel penginapan. Kami telah diingatkan oleh mutawwif makanan di hotel ini adalah hidangan international..
Memang terdapat banyak hidangan.
Hari ni kami rehat dahulu dari melakukan umrah. Dapatkan stamina untuk umrah berikutnya. Sebelah petang sementara menunggu asar, kami berjalan sekitar penginapan dan teringin pula untuk mencuba aiskrim Mekah. Buah Hati membawa kami ke kedai yang pernah beliau pergi semasa umrah dahulu...Memang lain rasanya dan sedap. Kali pertama merasainya.
Berlatar belakang kedai aiskrim
Walkalator dari hotel melalui mall. Kelihatan di bawah Bin Dawod, Buskin Robin, kedai minyak wangi, kedai jam, jubah, KFC, Pizza dan pelbagai jualan.
Laluan utama pintu masuk ke Hotel
Laluan pintu masuk Masjidil Haram yang digunakan kami.
Bahagian ceiling Masjidil Haram
Permaidani di ruang solat wanita
Petugas di ruang solat wanita sentiasa memastikan kebersihan dengan mengutip sampah serta menyedut habuk menggunakan vacuum cleaner. Sungguh murni tugas mereka.
Rak quran bagi memudahkan jemaah menggunakannya.
Comments
Post a Comment