Posts

Showing posts from 2020

Karamel Puding Cokelat Kek

Image
Puding Karamel 120 g gula 40 ml air panas 4 biji telor gred A 60 g gua kaster 350 ml susu cair 1/2 sudu kecil vanila Panaskan gula atas api yang perlahan.  Apabila cair masukkan air.  Kacau dan tuang dalam bekas. Telor dan gula dikacau sebati dengan menggunalan whisk.  Pastikan gula hancur.  Masukkan susu cair dan esen vanila. Tuang adunan ini ke adunan gula hangus tadi. Sponge Kek 3 biji telor gred A 90 g gula kaster 75 g tepong kek 15 g serbok koko 30 ml susu (fresh milk) 50 g butter yang tekah dicairkan Putar telor. Masukkan gula. Putar hingga gebu Masukkan tepong dan serbuk koko (kaup balik) Seterusnya masuk Fresh Milk diikuti butter. Tuang adunan sponge kek di atas adunan tadi perlahan-lahan. Bakar menggunakan teknik water bath. Suhu 160  Masa 60 minit Menggunakan api atas dan bawah. Setelah sejuk masukkan ke dalam peti sejuk. Terbalikkan dan keluatkan ia dari acuan. Kredit: Kathrine Kwa

Brownies Kedut

Image
Bahan A 1/2 cawan butter 1 cawan dark cokelat coin - Masak secara double boil.  Kacau sampai larut dan tidak berketul.  Tutup api. Bahan B 1 cawan gula perang 2 biji telor gred A Pukul sebati dengan whisk. Tidak perlu lama.  Rasa di jari samada masih terasa gula. Bahan C 1 cawan tepung naik sendiri 2 sudu besar serbuk koko secubit garam Masukkan adunan cokelat tengah panas ke dalam Bahan B.  Kacau sebati. Masukkan bahan C sedikit demi sedikit. Kacau guna senduk. Jangan terlebih kacau. Sedikit esen vanila. Sapu butter pada loyang. Letakkan kertas minyak ke dalam loyang dan sapu butter di atasnya. Jika suka boleh tabur walnut / kekacang di atasnya. (walnut hendaklah dibakar terlebih dahulu). Panaskan oven menggunakan suhu 160 C Menggunakan api atas bawah Bakar selama 40 minit. Biarkan brownies di dalam oven hingga ia sejuk untuk membolehkan brownies berkedut. Buka sedikit pintu oven.

Hurricane Cake

Image
Bahan-bahan: 6 biji kuning telor 40 ml minyak jagung 80 ml susu full cream 75 gm tepong kek 1 sudu kecil esen vanila Pukul telor dengan whisker.  Masukkan mintak jagung dan kacau sebati Masukkan susu full cream dan kacau sebati Akhr masukkan tepung kek sedikit demi sedikit beserta esen vanilla.  Kacau sebati. Bahagikan adunan kepada 3 mangkuk samarata. Tambahkan 5 gram tepung ke dalam setiap mangkuk.  Kacau sebati. Mangkuk pertama ditambah 1/2 sudu kecil esen strawberry. Mangkuk kedua dibiarkan kosong. Mangkuk ketiga ditambah (1 sudu serbok koko yang dicampur dengan 3 sudu air panas). 5 biji putih telor 1/4 sudu besar cream of tartar 1/4 sudu besar garam 95 gm gula pasir Pukul putih telor hingga berbuih.   Masukkan cream of tartar dan garam Pukul agi hingga berbuih halus Masukkan gula secara berperingkat. Pukul lagi hingga bertanduk. Masukkan meringue samarata ke dalam mangkuk tersebut.  Kacau. Tinggalkan sedikit. Lapiskan loyang dengan kertas minyak. Masukkan kesemua adunan putih keda

Biskut Mama Carries

Image
Bahan-Bahan: 250 gm butter 115 gm gula icing 150 gm tepung jagung 350 gm tepung gandum 25 gm susu tepung 1 biji kuning telur Royal Icing: 2 biji putih telur 175 gm gula icing 2 sudu makan tepung jagung Cara: Pukul butter..gula dan kuning telur menggunakan senduk kayu. Sekadar pukul perlahan. Masukkan tepung jagung dan uli sebati. Masukkan tepung gandum dan uli sehingga tidak melekat di tangan. Terap ikut bentuk acuan. Cara royal icing: Pukul telur sampai bertanduk. Masukkan gula icing dan putar sampai likat. Masukkan tepung jagung 2 sudu. Pukul sehingga jika diterbalikkan mangkuk adunan tidak jatuh. Pipe atas biskut yang diterap tadi dan deco mengikut citarasa. Bakar biskut suhu 150c dalam 15 minit. Kredit:  Nurul Akmal Mustaffa

Puding Roti Coklat Butterscotch

Image
Bahan-Bahan: 1 cawan susu segar 1 biji telur 2 sudu gula (saya letak 1 1/2 sudu gula sahaja) 4 keping roti butterscotch coklat chips Campurkan kesemua bahan kecuali coklat chips dan roti butterscotch.  Masak sekejap di atas api. Carik-carikkan 2 keping roti butterscotch ke dalam bekas. Tabur di atas roti tadi dengan coklat chips. Tuangkan 1/2 bahagian bahan yang dimasak tadi ke atas roti. Tabur coklat chips.  Tabur 2 keping roti butterscotch. Ulangi tuang baki bahan yang dimasak dan tabur coklat. Letak butter di permukaan atas (yang ini saya tambah dari resepi asal) supaya apabila masak warna permukaan uding keemasan dan lebih rangup. Biarkan adunan ini selama 20 minit. Baru bakar. Bakar secara marie bain dengan suhu 180C selama 40-45 minit (api atas dan bawah). Untuk sos kastad: 1/2 tin susu cair 1/4 cawan air 1 sudu gula 3/4 sudu tepung kastad Campurkan kesemua bahan dan masak sehingga hampir pekat. Sejukkan. Tuang ke atas adunan roti. Kredit: Khairulami

Agar-Agar Lapis Bandung Cincau

Image
Bahan-Bahan dan cara membuat: 1 cawan cincau (dipotong-potong halus) 600 ml air                                                                 ) 1 pack serbuk agar-agar / 10 gm agar-agar tali) 120 gm gula                                                             ) masak kemudian masukkan 400 ml susu cair dan 2 sudu besar tepung jagung Kecilkan api. masak hingga pekat Asingkan 400 ml adunan agar-agar Campurkan cincau (ketepikan) Baki agar-agar dicampur esen merah. Tuang adunan merah ke dalam acuan. Biarkan sejuk.  Lorekkan dengan garpu. Kemudian tuang adunan cincau.  Buat secara berselang seli. Simpan dalam peti sejuk. Resepi ini diperolehi dari utube..

Tepung Pelita

Image
Bahan-Bahan: 8 helai daun pandan (potong pendek) 2cawan air - Blend kedua-dua bahan ini. - Tapis - Ambil air pandan (masukkan dalam bekas) - Masukkan 1 cawan tepung beras - Masukkan 1 cawan gula - Masukkan 1 sudu garam kecil. - Masukkan sedikit pewarna hijau. - Kacau agar sebati. - Masak dalam masa 5 minit. - Letak terus dalam acuan kecil. - Taburkan gula di atas adunan tadi. Cara buat lapisan atas: - 4 sudu makan tepung beras - 2 sudu makan tepung ubi - 1 kotak kecil santan - Masukkan 2 cawan air - 1/4 sudu garam - Kacau sebati - Masak dalam 10 minit. Nampak beku sikit boleh tutup api. - Cedok letak atas lapisan hijau. - Sejukkan. kredit resepi: Noor Ain Norman

Sagu Pelangi Gula Melaka

Image
Bahan: 1 cawan sagu 6 cawan air Masak air sampai mendidih. Masukkan sagu. Masak sehingga biji-biji putih hilang.  Kacau sagu sentiasa.  Tambah air sekiranya biji-biji putih masih kelihatan. Bila jernih bilas sagu dengan air paip untuk buang kanji. Tos sagu. Bahagi sagu kepada 3 bahagian. Warnakan sagu mengikut warna kesukaan. Air gula: 1/2 keping gula melaka Sehelai daun pandan 3 sudu besar gula 1/2 cawan air Masak  sampai mendidih. Kuah Susu 1 tin susu cair 1 biji merah telor (kacau sebati) Tapis telor dan masukkan ke dalam susu cair. Masak hingga menggelegak. Cara menghias: Tuang air gula ke dalam bekas/gelas transparent. Letak sagu yang telah diwarnakan tadi mengikut kreativiti. Tuang kuah susu.

BUAH MELAKA

Image
Atas permintaan anak saudara untuk menyediakan menu Buah Melaka sebagai salah satu hidangan berbuka puasa memandangkan Perintah Kawalan Pergerakan tiada Bazar Ramadan dibenarkan.  Alhamdulillah kami perolehi resepi dari fb iaitu Kongsi Reseoi Berbuka dan Sahur 2020.  Terima kasih Tok Umi Zaharah. Resepi: Tepung pulut 2 cawan Tepung gandum 2 sudu besar Air 1 cawan Daun pandan Gula kerek/melaka/nisan Sedikit garam Kelapa parut Cara membuat: Masukkan tepung pulut dalam bekas bersama tepung gandum. Masukkan air pandan yang telah di blend sedikit-sedikit sehingga adunan tadi boleh di cubit dan dibulatkan kecil. Masukkan gula kerek di dalam adunan yang telah dibuat bulat kecil. Kemudian dimasukkan ke dalam air yang telah dididih dan angkat apabila ia timbul. Golekkan di atas kelapa parut.