BUAH MELAKA

Atas permintaan anak saudara untuk menyediakan menu Buah Melaka sebagai salah satu hidangan berbuka puasa memandangkan Perintah Kawalan Pergerakan tiada Bazar Ramadan dibenarkan.  Alhamdulillah kami perolehi resepi dari fb iaitu Kongsi Reseoi Berbuka dan Sahur 2020.  Terima kasih Tok Umi Zaharah.

Resepi:
Tepung pulut 2 cawan
Tepung gandum 2 sudu besar
Air 1 cawan
Daun pandan
Gula kerek/melaka/nisan
Sedikit garam
Kelapa parut

Cara membuat:
Masukkan tepung pulut dalam bekas bersama tepung gandum.
Masukkan air pandan yang telah di blend sedikit-sedikit sehingga adunan tadi boleh di cubit dan dibulatkan kecil.
Masukkan gula kerek di dalam adunan yang telah dibuat bulat kecil.
Kemudian dimasukkan ke dalam air yang telah dididih dan angkat apabila ia timbul.
Golekkan di atas kelapa parut.


Comments

Popular posts from this blog

HADYAI, PATTAYA, BANGKOK 1

HADYAI, PATTAYA, BANGKOK 5

HADYAI, PATTAYA, BANGKOK 4