Posts

Showing posts from October, 2022

SURABAYA

Image
Setelah mengikuti Pelayaran Islamik, kebetulan saya terbaca tentang pakej muslim ke Surabaya, Indonesia yang dikendalikan oleh Travel Agency iaitu Wira Saujana.  Yang menariknya pakej ini melawat masjid dan ke Gunung Bromo .  Lantas saya berbincang dengan kakak dan beliau nyata turut tertarik.  Kami google tempat-tempat lawatan dan sepakat untuk mengikuti trip ini. Tempoh trip 5 hari 4 malam dengan bayaran RM1,980.00 seorang.  Berdebar juga rasa di hati kerana Gunung Bromo di klasifikasikan gunung berapi aktif tahap dua.  Baru-baru ini Gunung Tangkuban Perahu di Bandung baru saja meletus. Pihak Travel Agency memaklumkan keadaan terkawal dan selamat untuk dikunjungi.  Sedikit lega di hati. HARI PERTAMA (3.8.2019) Saya dan kakak ke KLIA2 dihantar anak saudara.  Kami berkumpul di Starbuck jam 6.00 pagi.  Travel Agent menyerahkan luggage tag, hand carry bag serta buku aturcara lawatan.  Kami bergerak ke kaunter untuk check in luggage.  Di sini pihak travel agent menguruska