SURABAYA
Setelah mengikuti Pelayaran Islamik, kebetulan saya terbaca tentang pakej muslim ke Surabaya, Indonesia yang dikendalikan oleh Travel Agency iaitu Wira Saujana. Yang menariknya pakej ini melawat masjid dan ke Gunung Bromo . Lantas saya berbincang dengan kakak dan beliau nyata turut tertarik. Kami google tempat-tempat lawatan dan sepakat untuk mengikuti trip ini. Tempoh trip 5 hari 4 malam dengan bayaran RM1,980.00 seorang. Berdebar juga rasa di hati kerana Gunung Bromo di klasifikasikan gunung berapi aktif tahap dua. Baru-baru ini Gunung Tangkuban Perahu di Bandung baru saja meletus. Pihak Travel Agency memaklumkan keadaan terkawal dan selamat untuk dikunjungi. Sedikit lega di hati.
HARI PERTAMA (3.8.2019)
Saya dan kakak ke KLIA2 dihantar anak saudara. Kami berkumpul di Starbuck jam 6.00 pagi. Travel Agent menyerahkan luggage tag, hand carry bag serta buku aturcara lawatan.
Kami bergerak ke kaunter untuk check in luggage. Di sini pihak travel agent menguruskan bag kami.
Setelah itu kami masuk ke Balai Pelepasan serta mengalas perut di cafe. Kumpulan kami tidak ramai semuanya lapan orang. Kami kemudian dipanggil masuk jam 9.00 pagi. Menaiki pesawat Airasia QZ321.
Ini adalah sarapan pagi kami dalam kapalterbang.
Kami tiba di Juanda International Airport jam 10.45 pagi waktu Indonesia. Kami sempat bergambar di luar Airport.
Kami disambut oleh Nanang, wakil travel agent di sini. Kami dimaklumkan Surabaya bandar kedua terbesar di Indonesia setelah JAKARTA. Bandar ini juga dikenali sebagai kota pahlawan. Sepanjang perjalanan ternyata memang benar seperti kata Nanang, bandar ini sangat bersih dan kehijauan dengan pokok-pokok bunga. Bahan buangan seperti botol air mineral dikumpul dan ditukar menggantikan bayaran menaiki bas. Cuma saya tidak berkesempatan untuk merasai pengalaman menaiki bas di sini. Tidak kelihatan sampah dan menurut kata Nanang, setiap 3 jam sekali jalanraya dibersihkan. Dari airport terus kami dibawa ke Masjid Nasional Al Akhbar iaitu masjid kedua terbesar setelah masjid Al Istiqlal di Jakarta. Masjid ini boleh menampung 59,000 jemaah. Memang sangat luas. Mempunyai 45 pintu dari kayu jati dengan sentuhan kaligrafi. Di sini saya dan yang lain sempat solat jamak dan qasar.
Satu yang agak unik sewaktu saya ingin ke ruangan untuk mengambil air sembahyang terdapat alur yang dipenuhi dengan air, airnya setakat buku lali. Tertanya tanya bagaimana untuk ke ruangan mengambil air sembahyang. Kami dimaklumkan oleh orang tempatan agar mencelupkan kaki / melalui kawasan berair tersebut. Pintu berwarna biru itu adalah ruangan mengambil air sembahyang manakala sebelah kiri adalah tandas. Memandangkan masjid ini luas di sekelilingnya iaitu di aras bawah disediakan ruangan seperti ini bagi memudahkan jemaah. Jemaah boleh terus ke ruangan solat melalui tangga kayu atau menggunakan laluan tadi.
Ini adalah ruangan solat wanita.
Sewaktu kami menaiki kenderaan untuk keluar dari kawasan masjid ini, kami dimaklumkan akan ruangan perkahwinan.
Seterusnya kami dibawa ke Masjid Muhammad Cheng Hoo. Masjid pertama menggunakan nama muslim Tionghua (simbol perdamaian umat beragama). Ia merupakan penghormatan kepada laksamana yang datang berdagang serta menyebarkan agama Islam. Masjid ini dapat menampung 200 orang jemaah.
Cantik mural dan replika. Di bahagian hadapan masjid adalah tapak basketball yang berbumbung dan digunakan juga untuk ruangan untuk bergambar dan pelbagai aktiviti.
Kami singgah makan masakan Padang di rumah makan SEDERHANA. Walau pun banyak lauk tapi selera saya agak terbatas. Memang sejak dari trip ke Bandung dulu pun saya demikian.
Saya dan kakak sempat bergambar di hadapan kedai makan masakan Padang namanya Sederhana.
Destinasi berikutnya adalah Jembatan Merah Plaza (Shopping Complex). Di sini harganya paling murah berbanding dengan mall sekitar Surabaya ini. Kalau di Bandung Pasar Baru. Tapi Plaza ini lagi panjang dan luas.
Di bahagian dalam, pelbagai jualan seperti kasut, baju, accessories, jubah dan sebagainya.
Kami makan malam dan sekali gus meraikan harijadi salah seorang dari kumpulan kami di restoran.
Setelah kenyang, kami check in di hotel 88. Selesa.
HARI KEDUA (4.8.2019)
Pagi pertama di sini. Permandangan bandar Surabaya dari bilik hotel. Semoga dipermudahkan perjalanan pada hari ini.
Saya sarapan nasi goreng bersama ayam goreng serta soon goreng. Sayang sekali air jus jambu agak cair.
.
Saya dan kakak kemudiannya bergegas naik ke Bilik selepas sarapan untuk mengambil bagasi kerana hari ini kami akan ke Bromo. Perjalanan ke Promo mengambil masa 2 jam 1/2. Dalam perjalanan kami singgah ke Masjid Sunan Ampel. Masjid tertua dibina tahun 1421. Di sini terdapat makam Wali Songo. Kenderaan diletak di tepi jalan dan kami perlu berjalan kaki. Masjid ini terletak di sambil diingatkan oleh Nanang agar berhati-hati dengan penyeluk saku. Melalui deretan kedai di kiri kanan dengan perbagai jualan seperti telekung, tudung, baju, buku agama, tasbih dan buah-buahan.
Kami kemudian dibawa masuk ke kawasan permakaman Wali Songo. Tertanya ramai sekali orang yang datang dan duduk membaca Al Quran, ada yang secara berkumpulan membaca tahlil serta ada yang membaca Yassin. Satu kumpulan di bahagian hadapan selesai dan berlalu pergi, kumpulan yang di belakang akan bergerak ke hadapan sambil mengesot sambil meneruskan bacaan.
Sementara menunggu yang lain sampai di van, saya melihat jalanraya disapu dengan penyapu lidi. Penyapu lidinya bengkok. Unik!.
Kami kemudiannya singgah makan tengahari di kedai makan Lesehan Joyo. Kedainya luas dan sewaktu kaki melangkah masuk kelihatan live band sedang mendendangkan lagu. Nanang mengalunkan beberapa buah lagu Setelah makan kami ke surau tingkat atas di bahagian hujung kedai makan ini. Macam biasa suraunya bercampur antara lelaki dan wanita. Kami mengambil ruang di barisan belakang. Dalam perjalanan menuju ke surau terserempak dengan seorang wanita tua berkaki ayam. Untuk mencari sesuap nasi beliau mengutip sampah di kawasan tersebut. Sebak dan sempat menghulurkan sedikit sumbangan untuknya dan beliau memegang kedua lengan saya sambil tersenyum dan berdoa. Fizikalnya mengingatkan allahyarhamah ibu saya. Sebak!
Sempat dibawa shopping telekong. Kasut perlu dibuka dan disimpan di ruangan yang disediakan di bahagian dalam untuk pelancong. Bagi orang tempatan kasut diletakkan di bahagian luar .
Untuk ke ruangan telekung kami melalui ruangan jualan kain pasang dan tudung. Sempat saya membeli telekung di sini dengan harga 400,000 rupiah. Kualiti kainnya bagus.
Hampir senja kami dibawa pula membeli belah di kedai kasut dan bag.
Singgah makan malam sebelum meneruskan perjalanan ke Bromo.
Perjalanan diteruskan. Jalan yang tadi selesa iaitu highway, telah mula kecil dan terasa mula mendaki. Melalui rumah batu sesebuah di dalam kegelapan malam hingga akhirnya kami sampai ke penginapan kami di Bromo iaitu Hotel Nadia. Sunyi sepi dan kedinginan mula terasa. Kami telah dimaklumkan terlebih dahulu bahawa penginapan di Bromo tidak seperti hotel-hotel lain. Suhu di sini malamnya terlalu sejuk, siangnya panas.
Saya dan kakak menyediakan pakaian untuk dipakai mendaki gunung serta mengemas bagasi kami. Jam 2.00 pagi kami perlu bangun dan bersiap untuk ke puncak gunung untuk melihat matahari terbit. Kami dimaklumkan agar sewaktu bersiap untuk ke Bromo kami tidak dibenarkan mandi. Mandi dibolehkan selepas pendakian.
H ARI KETIGA (5.8.2019)
Jam 2.00 pagi kami dikejutkan. Kelihatan jip di luar penginapan kami. Saya dan kakak cepat-cepat bersiap. 2.30 pagi jip bergerak secara berkumpulan. Hati berdebar-debar betul ke apa yang saya lakukan ini? Dalam kegelapan terasa jip melalui kawasan berdebu yang agak luas. Kemudian mula mendaki, satu apa pun tidak kelihatan kecuali jip di depan dan motosikal yang menghala ke arah yang sama.
Jip mula perlahan dan meletakkan kenderaan di tepi jalan. Kami turun dari jip dan perlu meneruskan perjalanan dengan berjalan kaki. Pernafasan agar sukar sewaktu turun dari jip memandangkan kami telah berada di ketinggian melebihi awan. Sebelum memulakan perjalanan kami diminta mengambil nafas dan relaks. Setelah dapat membiasakan diri baru kami melangkah. Melihat ke langit, masyaallah kelihatan bintang-bintang begitu banyak bertaburan di langit. Banyak tidak terkira. Mengatur tapak dalam kegelapan dengan sesekali disuluh jalan oleh Nanang. Melalui surau dan deretan kedai cenderahati dan kedai minum. Akhirnya kami singgah di Baladewe Cafe and Souvenir Shop sebelum meneruskan pendakian.
Saya dan kakak hanya menjamah goreng pisang dan berkongsi air kopi manakala yang lain makan manggi.
Kami mula bergerak menaiki anak tangga yang mendatar. Kesejukan mula makin terasa iaitu di dalam 4 celcius. Satu pengalaman yang tidak boleh dilupakan kerana di sini saya dan yang lainnya sempat solat subuh dipuncak gunung.Langsung menaiki sedikit tangga dan kawasan bersimen yang dibina khas untuk melihat matahari terbit. Indahnya ciptaan Allah. Nyata yang ada di sini terdiri dari pelbagai bangsa dan agama.
HARI semakin cerah dan tumpuan mula tertumpu kepada gunung berapi. Bagi saya teramat cantik dengan di kelilingi awan. Kali pertama dalam hidup saya melihat sendiri. Mendengar namanya sahaja sudah menggerunkan tetapi sangkaan saya amat meleset. Indahnya ciptaan Allah swt.
Selesai mengambil gambar kami menuruni dengan jip yang sama. Ternyata tinggi. Sempat melihat keindahan alam.
Sampai di sini ia merupakan satu kawasan seakan gurun pasir. Sejuk dan berdebu. Cuma saya tidak sempat melihat embun membeku kerana ianya telah cair.
Untuk ke Gunung Bromo, kami ditanya samada ingin menaiki kuda. Majoriti setuju. Kami dikenakan bayaran (luar dari pakej). Saya bayangkan kereta kuda tetapi rupanya kuda sekor. Berdebor rasa. Kata-kata membakar semangat untuk diri sendiri mula berlegar-legar di kepala. Perlu cabar diri untuk mencuba sesuatu yang baharu. Kali pertama menunggang kuda agak janggal. Kata nasihat dari pemilik kuda ini, layan jer lenggok kuda, jangan takut, ia akan menjadi memori indah balik balik ke Malaysia. Kalau tidak silap dalam 3 kilometer jauhnya perjalanan dari tempat berkumpul. Ternyata kemudahan turut disediakan iaitu surau dan tandas. Sudah pasti airnya sejuk sekali. Setiap kuda mempunyai nama. Sebaik
. kami keluar dari tandas, kuda dan pemilik kuda menunggu
. kami keluar dari tandas, kuda dan pemilik kuda menunggu
Sepanjang menunggang kuda menuju ke arah gunung berapi Bromo saya bersembang dengan pemilik kuda yang memegang tali kuda dan berjalan beriringan. Ia menunjukkan arah rumahnya di kawasan perkampungan di bahagian tanah tinggi. Difahamkan baru sahaja upacara dilakukan dicandi berhampiran seperti dalam gambar di bawah kerana sebelum ini gunung berapi Bromo mengeluarkan asap. Gunung Berapi ini di klasifikasi tahap dua. Asapnya sudah tidak kelihatan malah tidak bebau. Pemilik kuda bergantung pendapatan harian kepada pelancung yang datang. Adakala tiada langsung. Sedihkan!. Menurutnya lagi sumber rezeki penduduk di sini adalah bercucuk tanam.
Pemilik kuda ini memberitahu untuk mengekalkan kekuatan tenaga kuda, mereka beri jamu khas untuk kuda. Pelik tapi itulah hakikat. Sebenarnya banyak perkara boleh kita perolehi dan pelajari asalkan kita rajin bertanya.
Saya meminta untuk bergambar dengan kuda yang baik dan tidak buat perangai, namanya Propolis dan pemilik kuda. Snow Cap dan shawl dibeli dipuncak gunung tadi. Baju yang saya pakai tu pernah dipakai sewaktu saya ke Taif. Tidak kisahlah kalau ada yang kata Doktor ke!.Anda rasa?
Kami kembali dan sarapan di tempat penginapan. Yang pasti di sini soon goreng mesti ada disediakan. Macam menu wajib pula.
Inilah penginapan kami.
Makan tengahari kami di Cafe Sawah. Saya mencuba nasi jagung versi halus. Sambil itu layan permandangan indah depan mata. Subhanallah indah sungguh pemandangan dengan sesekali angin lembut membelai.
Sampai di penginapan kami iaitu Hotel Grand City di Malang hampir maghrib. Saya dan kakak tidak menyertai kumpulan untuk shopping dan makan malam. Kami kembali ke Bilik setelah menemani kakak ke klinik kerana masalah kesihatan. Baiknya hati travel agent yang membawa pulang makanan untuk kami.
HARI KE EMPAT(6.8.2019)
Tercari cari ruang makan pagi kerana tidak kelihatan langsung kelibat pekerja hotel. Agak pelik. Akhirnya kami terserempak dengan seorang pekerja hotel yang menunjuk arah kami ke tingkat atas menaiki tangga. Buffet tidak disediakan sepertimana biasa. Petugas hotel keluar dan memaklumkan pihaknya menyediakan makanan berdasarkan pesanan dari kami. Kelihatan ahli rombongan yang lain belum sampai. Saya memesan nasi goreng dan telor dadar serta air teh. Boleh tahan sedap.
Sempat bergambar bersama Encik Hanif (Pemandu Pelancong) kami. Luas pengetahuan nya dan sering membacakan doa sebelum memulakan perjalanan.
Ini adalah bunga pokok Apple. Cantik!.
Destinasi kedua kami pada hari ini adalah Masjid 1000 pintu/Masjid Tiban/Masjid Jin. Saya pernah melihat dokumentari tentang masjid ini dan pernah menyimpan hasrat untuk melihatnya satu hari nanti. Alhamdullilah sampai juga ke sini. Masjid ini dibina secara berperingkat.
Pertama kali memasuki ruang utamanya saya mulai merasa kagum dengan senibina. Memenuhi ruang dinding dengan ayat al quran. Amat unik.
Ini pula adalah ruang ke Bilik air. Aquarium memenuhi ruang di kiri kanan.
Ini pula ruang di tingkat atas iaitu ruang pelamin. Bagi acara perkahwinan.
Satu lagi ruang rehat yang cantik.
Setelah meneroka masjid Tiban walaupun tidak sepenuhnya tetapi terasa satu kepuasan melihat kecantikan serta keunikannya. Kami kemudian dibawa ke Rumah makan Kantri.
Kami meneruskan perjalanan ke bandar Surabaya. Menikmati keunikan Jambatan Suramadu - jambatan terpanjang di Indonesia.
Sebelum check in hotel kami singgah untuk makan malam di Fusia Rajanya Nasi Timbe. Unik nasi dalam daun pisang di dalamnya berintikan ikan Tuna.
Check in di hotel (lupa nama) dan bersiap-siap untuk check out hari esok.
Sementara menunggu shopping kompleks buka kami dibawa ke kilang rokok. Ini tiada dalam itinerary. Kami disambut oleh wakil syarikat. Penerangan diberi
.
Kelihatan di ruangan masuk pelbagai jenis tembakau.
Manakala di satu sudut lain peralatan cetak lama
Inilah pengasas kilang rokok ini. Kami dibawa ke tingkat atas untuk melihat dengan jelas proses membuat rokok. Jelas kelihatan pekerja dengan tekun bekerja. Tidak kelihatan seorang pun bercakap. Mereka semua ditempatkan di satu ruang yang luas di tingkat bawah. Malangnya kami tidak dibenarkan mengambil gambar. Macam robot. Hari jemari mereka pantas dan sentiasa bergerak laju. Tiada istilah berehat atau curi tulang. Kelihatan pembahagian tugas mengikut warna baju. Bahagian menggulung rokok, bahagian memotong rokok, bahagian memasukkan rokok ke dalam kotak. Kami diberi penerangan bahawa mereka diperdengarkan lagu (dangdut). Cuma saya dan lainnya tidak dapat mendengarnya.
Memandangkan waktu masih awal, kami dibawa sekali lagi ke Jembatan Merah Plaza. Saya dan kakak sementara menunggu yang lainnya shopping, mencuba KFC di Indonesia bersama Encik Hanif dan Pak Gunawan setelah dimaklumkan bahawa ianya halal.
Menarik nya ada air Ovaltine kotak dan bergedil.
Kami akhirnya ke airport untuk kembali ke tanahair. Sempat di Airport saya membeli kek lapis.
Comments
Post a Comment