Perjalanàn Ke Vietnam (Bahagian IV)

Hari ini hari kedua berada di kota Ho Chin Min. Selepas sarapan pagi di hotel kami menaiki bas menuju untuk ke Sungai Mekong. Perjalanan sejauh 70 km. Sepanjang perjalanan dapat melihat sawah padi.  Terdapat warung jualan air kelapa di mana terdapat banyak buaian yang digantung antara tiang ke tiang.

Dalam perjalanan pemandu pelancung menunjukkan cara untuk membancuh kopi.  Dilihat setiap tiang dan pokok diwarnakan sebahagian bawah dengan warna putih.

Kami menaiki bot.  Difahamkan panjang Sungai Mekong 4800 km.  Dan sungai ini agar lebar sayup  mata memandang dan airnya agak beralun.  Airnya seperti teh susu pekat tetapi tidak berbau dan dikatakan tiada buaya kerana berselut.

Perjalanan menyusuri sungai ke beberapa tempat seperti tempat memproses gula-gula dari kelapa yang diproses secara manual.  Beli lima percuma satu dengan harga RM25.00.  Boleh didapati pelbagai jenis.  Turut dijual d sini sabun muka dengan harga RM7.00.  Seterusnya kembali ke bot.

Menuju pula ke satu kawasan lain untuk proses madu.  Di sini kami dijamu dengan madu dengan debunga, limau dan teh.  Sesiapa yang berminat boleh membeli madu dengan harga RM15.00.

Kembali semula ke bot dan seterusnya menuju ke tempat jualan  kraf serta menikmati pertunjukan nyanyian daripada gadis-gadis vietnam yang memakai pakaian kebangsaan mereka diiringi live muzik sambil dihidsngkan the tawar bersama buah ciku, dragon fruit, mangga dan jambu air.  Mereka menyanyi seorang demi seorang lagu Vietnam dan lagu melayu.  Saya sendiri sempat bergambar bersama mereka sewaktu mereka menyanyikan lagu madu dan racun. 

Selesai sahaja kami dibawa makan tengahari dan menunaikan solat.

Lawatan seterusnya menyusuri sungai kecil dengan menaiki sampan.  Setiap sampan boleh memuatkan 4 orang dengan dua pendayung seorang di belakang dan seorang di depan menyusuri hutan bakau.  Agak mencabar kerana laluan sempit dan air berkocsk apabila sampan berselisih.  Tiada life jacket..timbul rasa takut kerana tidak tahu berenang jika sesuatu terjadi.  Lagi berdebar apabila sampan sampai ke kuala ya allah kocakan air lagi kuat seperti berada di lautan.  Untuk menuju ke pelantar yang disediakan ya allah bertapa takutnya.  Merangkak ke pelantar yang bergoyang mengikut alunan arus.  Seterusnya perlu melangkah lagi ke dua buah bot lain untuk menuju bot tersebut.  Satu yang agak mencabar.

Di dalam bot untuk kembali ke pangkalan kami dihidangkan dengan minuman air kelapa setiap seorang.  Sedap dan rasanya tidak cukup kerana kelapa tersebut kecil.

Setiba di pangkalan shopping baju t shirt RM5.00 seehelai.

Kemudian kami dibawa ke kedai kain serta baju kurung.  Saya bersama ahli keluarga dan ahli rombongan membeli kain pasang yang dipesan oleh staf dan juga baju kurung untuk raya. Semuanya dalam RM500 lebih.  Beli beg tambahan yang ada dijual oleh penjual jalanan dengan harga RM20.00. Kalau pandai tawar menawar dapat RM18.00.

Selesai makan malam kami balik ke bilik. Selesai mandi keluar ke pasar malam. 

Comments

Popular posts from this blog

HADYAI, PATTAYA, BANGKOK 1

HADYAI, PATTAYA, BANGKOK 5

HADYAI, PATTAYA, BANGKOK 4