Perjalanan Ke Vietnam (Bahagian 1)

Semuanya  telah dirancang  dengan teliti tetapi sampai masa menunggu kenderaan untuk ke stesen bas terasa macam ada sesuatu yang tidak kena.  Lantas panggilan demi panggilan dibuat tetapi masalah line lah pulak.  Dalam kepala bersarang pelbagai kemungkinan dan perkara di luar jangkaan.

Perkara yang sama juga berlaku dengan seorang sahabat...anaknya terus ke stesen bas tanpa mengambil ibunya.

Ya allah...rupa-rupanya individu yang sepatutnya menjemput kami terlupa..

Kami sampai juga ke stesen bas dengan menaiki kereta anak kenalan tadi. 

Bertolak dari Rompin menaiki bas tepat pukul 11 malam seramai lima orang dan seorang lagi menunggu di UNITEN.  Sampai di TBS jam 4 pagi.  Lepak di Nasi Kandar TBS menunggu subuh.  Makan mee goreng mamak bersama milo panas bagi mengalas perut yang sudah mula berkeroncong.

Menunaikan solat subuh di sini di mana setiap level disediakan surau.

Comments

Popular posts from this blog

HADYAI, PATTAYA, BANGKOK 1

HADYAI, PATTAYA, BANGKOK 5

HADYAI, PATTAYA, BANGKOK 4