Hari Terakhir Di Vietnam

Hari ini hari terakhir berada di Vietnam. Selesai sarapan pagi di hotel kami menuju ke Ben Thanh market. Selain ingin melihat sendiri pasar tersebut masih terdapat beberapa barang belum dibeli. Kami berjalan kaki menuju ke pasar tersebut. Sepanjang perjalanan sempat melihat penjaja menjual di kaki lima seperti rokok, menjual air , makanan seperti laksam dll. Ada yang masih dalam pakaian tidur lagi telah memulakan jualan. Mereka seperti ini tidak mengganggu pelancung. Satu senario yang berbeza. Beca mereka juga agak menarik yang hanya boleh memuatkan seorang sahaja dan agak tinggi. Di Ben Thanh terdapat dua bahagian iaitu satu bahagian pasar basah dan satu bahagian lagi pasar kering. Di pasar kering inilah menjual kasut, t shirt, alas meja, kain pasang dll. Ada yang boleh ditawar harga ada juga harga tetap. Peniaga di sini tidak akan melepaskan pelanggan pertama mereka jadi di sinilah tawar menawar berlaku. Lazimnya bab tawar menawar ini kami serahkan kepada kakak. Selesai membeli belah kami kembali ke hotel. Check out dari hotel jam 12.00 tengahari. Selepas makan di restoran kami dibawa ke Hard Rock Cafe. Sesi bergambar pun bermula. Seterusnya menuju ke airport. Terasa sayu berpisah dengan Helen dan pemandu bas yang setia menemani kami selama beberapa hari. Di bahagian check point iaitu setelah urusan bagasi selesai dua orang dari ahli rombongan dikenakan cukai iaitu RM70.00 setiap seorang. Seorang daripadanya merayu agar dikurangkan kepada RM50.00 dan dipersetujui. Tetapi yang kelakarnya dalam kekalutan ini salah seorang dari kami terus menerjah masuk ke dalam bilik pemeriksaan nak tau berapa yang beliau perlu bayar. Saya memanggilnya keluar dan menerangkan tidak perlu masuk kalau tidak dipanggil dan tidak perlu bayar kalau tidak diminta berbuat demikian. Sekali lagi kami beratur untuk urusan check in yang dibuat secara rambang. Pemeriksaan pada badan. Rumusan keseluruhan: 1. Bahagian imigresen Vietnam tidak mesra pelanggan. 2. Sentiasa membawa botol kosong kerana dalam tandas tidak disediakan air seperti di airport, Sungai Mekong. 3. Kebijaksanaan tentera Vietcong membuat terowong yang lengkap dengan bilik mesyuarat, bilik memproses senjata, membuat lubang udara seperti busut. Lubang persembunyian juga kecil semuat-muat badan dan difahamkan orang-orang Vietcong hanya makan ubi rebus sahaja. 4. Penjual kain di sini fokus jualan kain pasang , baju kurung dan jubah. Harga jubah RM50.00 dan baju kurung RM35.00. Memang murah sangat. 5. Masa yang diberuntuk membeli belah hanya 20 - 30 minit. Tidak boleh ambil pesanan orang untuk beli kain pasang kerana:(a). Masa pendek (b) untuk beli belah brg keperluan sendiri terhad.

Comments

Popular posts from this blog

HADYAI, PATTAYA, BANGKOK 1

HADYAI, PATTAYA, BANGKOK 5

HADYAI, PATTAYA, BANGKOK 4