Posts

Showing posts from April, 2019

Pelayaran 29.3.2019 (Pelayaran Islamik)

Image
Perkongsian perjalanan saya kali ini adalah tentang pengalaman pertama saya menaiki cruise. Setelah melihat sahabat saya mengikuti Pelayaran ke Halong Bay, Vietnam.  Saya mula rasa tertarik dengan aktiviti yang diadakan oleh agensi yang mengurus trip ini.  Ada tazkirah, senaman ringan, lawatan ke Masjid serta membeli belah.  Saya cuba mencari maklumat dalam Facebook tentang Pelayaran Islamik serta menghubungi kakitangan agensi.  Difahamkan yang terdekat adalah pelayaran dari Port Klang ke Phuket, ke Pulau Pinang dan seterusnya kembali ke Port Klang. Pihak agensi mula berkongsi maklumat pelayaran dan Asatizah yang terlibat dengan pelayaran 33.0 antaranya Ustaz Haslin, Sheikh Muzzammil dari Indonesia, kumpulan Raihan serta Ustaz Hafiz (Quran Hour). Saya mula berbincang dengan kakak samada berminat atau tidak untuk mengikuti Pelayaran ke Phuket.  Setelah kata sepakat diperolehi, saya menghubungi pihak  agensi bertanyakan tentang harga.  Pihaknya memaklumkan  harga berdasarkan bil