Posts

Showing posts from May, 2014

IBU (BAHAGIAN 1)

Sepeninggalan ayahanda tercinta menghadap ilahi..seperti dunia ini tiada bererti lagi.  Tinggallah diri ini menemani ibu tercinta.  Ibu adalah segalanya bagi ku.  Beliau selalu memberikan ku kekuatan semasa diri ku ditimpa musibah.  Selalu memberikan ku kekuatan dan semangat.   Baru hari ini diriku merasakan sedikit kekuatan untuk merakamkan memori bersama mu IBU.  Sebenarnya entah mengapa setiap kali ku cuba untuk memulakan bait-bait ayat mengenai mu, mutiara jernih mula mengalir di kelopak mata ku.  Sebak tetap ada hingga kini tetapi digagahi juga biar pun IBU, kamu telah dua tahun lebih pergi meninggalkan anak mu.  Rasanya belum puas bermanja dengan mu.  Masa-masa yang indah bersama mu tetap dalam ingatan ku ini.  Setiap hari dan setiap waktu selesai solat tidak ku lupa mendoakan mu IBU DAN ABAH. Hanya itu yang mampu ku lakukan doa dari anak mu yang sentiasa mengingati mu. IBU maafkan anak mu kerana tiada bersama mu semasa diserang angin ahmar.  Menemani mu di hospital bersama ka

SATU KEJUTAN (BAHAGIAN II)

Image
Tahun ini sempena Hari Lahir ku kejutan demi kejutan ku terima.  He he kali ini oleh seseorang yang sudah ku anggap seperti keluarga ku sendiri.  Namanya kejutan tapi telah memaklumkan kepada ku awal-awal lagi nak belanja makan sempena Hari Lahir ku.  Di saat-saat akhir baru dimaklumkan, mereka turut menempah birthday cake TETAPI Kek tidak  siap...tulah kejutan tidak menjadi. Nak buat macamana... Sampai di kedai makan kegemaran ku kami pun  membuat pesanan mengikut selera masing-masing.  Sampai je makanan dan minuman perkara pertama ambil gambar untuk dihantar ke Permata Hati atas desakan seseorang.  Dalam hati terdetik juga mengapa ia beria-ia suruh Whatsapp gambar makanan dan minuman.  Setelah gambar berjaya dihantar barulah dia pecah  RAHSIA bahawa dia hanya menjadi orang tengah menguruskan makan dan minum petang ni.   Setelah didesak baru dia maklumkan bahawa Permata Hati ada contact dia beri duit minta dia uruskan surprise birthday party... Wah Permata Hati sejak bila suka buat

MENANGANI STRESS

Macam best je tajuk untuk ku bercerita hari ini iaitu STRESS.  mengapalah tajuk ini yang ku pilih? Bagi yang belum pernah mengalami STRESS yang melampau sudah tentu mengambil mudah.  Mengalami dan melihat serta mendengar apa yang dilalui oleh orang lain adalah dua perkara yang berbeza.  STRESS datang tanpa diundang.  Walau pun kita cuba menenangkan diri kita sewaktu STRESS melanda tetapi adakalanya kita sendiri perlu kuat bangkit melawan perasaan kita yang bercelaru, marah, geram, sedih, murung dan pelbagai sikap yang perlu diubah agar kembali normal.  Perlu mencari seseorang agar dapat meluahkan apa yang terpendam di hati, kerana ia juga menjadi ubat / terapi diri.  Tetapi seseorang yang dimaksudkan biarlah seseorang yang boleh menjadi pendengar dan penasihat yang baik.  Semasa STRESS sudah tentu hati tidak tenang, fikiran kusut dan perasaan bercampur baur.  Solat dan berdoalah agar hati kembali tenang.  Sesungguhnya ALLAH lah tempat mengadu. Disamping membaca AlQuran.. Ada orang

SATU KEJUTAN

Image
Berada di Kuala Lumpur bukan perkara yang sengaja dirancang.   pemergian ku ke sini hanya untuk menghantar seseorang yang menjadi sebahagian dari hidup ini.  Pada keesokan hari setelah tiba di Kuala Lumpur kakak ku meminta no. Kad Pengenalan.  Hati tertanya-tanya untuk apa tapi demi akur dengan kata-katanya ku catatkan no.Kad Pengenalan.  Harapan ku agar beliau tidak perasan tarikh lahir ku. Pada malamnya kami keluar mengambil Permata Hati balik.  Semasa menunggu Permata Hati selesai, nampak kakak bergegas turun.  Dalam hati kecil ini mungkin dia nak cepat sebab kedai hampir tutup. Kami terus ke satu destinasi di mana Buah Hati dan lain-lainnya telah lama menunggu.  Selesai pesanan makanan dan minuman dibuat,Permata Hati terus mengeluarkan Cheese Cake sambil menyanyikan lagu Happy Birthday.  Eh apa ni ..apa ni..ya allah surprised birthday party rupanya.  Patut kakak beria-ria minta no Kad Pengenalan siang tadi.  Relaks..relaks dalam hati sebak sangat kerana diri ini diingati.  Terima

SAHABAT

Image
Terima kasih sahabat kerana kau sentiasa ada di sisi ku semasa ku senang mahu pun susah. Tatkala diri ku tiada tempat berpaut, kamu hadir memberikan ku kekuatan.  Kamu menjadi pendengar yang setia.  Tempat ku meluahkan kekecewaan,  kemarahan, kegembiraan dan segalanya. Ya Allah hamba mu amat bersyukur dengan kehadirannya.  Menjadi penawar di kala ku kehilangan orang-orang yang disayang.  Sahabat ini merasakan dirinya amat bertanggungjawab dan amat mengambil berat.  Memegang amanah kakak dan abang ku.  Walau pun adakala kerenah mu memeningkan kepala ku....tapi bila mengenangkan jasamu kepada ku ku ketepikan saja perkara yang remeh temeh...think positive... Sesekali beliau meluahkan rasa hati, bimbang jika saudara mara ku tidak menyenangi kehadiran beliau di sisi ku.  Bagi ku kamu lebih mengerti apa yang ku lalui.  Sahabat, terima kasih kerana menolong ku di masa ku susah.  Jasamu tidak akan dapat ku lupakan. 

SATU KEJUTAN

Image
Genap seminggu pertunangan Permata Hati, hari ini ku ke sana lagi menemani seseorang.  Semuanya tidak dirancang.  Kelam kabut jadinya bila 'dia' ingin pulang.  Tiket bas dibeli serta merta, nasib baik ada.  Dalam kelam kabut tu terlupa untuk membeli tiket bas pulang.  Hal ini disedari setelah kaunter bas ditutup.  Kami ke Pantai Bernas untuk menikmati Satar dan Otak-Otak.  Sambil menikmati makanan sambil mengimbau kembali kenangan bersama allahyarhamah Bonda di mana boleh dikatakan setiap petang membawa beliau makan angin ke sini.  Begitu pantas masa berlalu... Esok pagi tiket bas dibeli melalui seseorang.  Tempat jam 5 petang ku bergegas pulang untuk mengambil 'dia' dan beg.  Seterusnya menuju ke tempat letak kereta pejabat.  Kami ke stesen bas dihantar oleh seseorang.  Bas sampai tepat jam 7 petang. Ramai pelancong dlm bas ini seperti remaja Jepun dan bangsa lain... Sampai ke TBS jam 12 malam.  Kakak dan Permata Hati setia menunggu.  Setelah makan nasi lemak kami