Posts

Showing posts from July, 2015

Biskut Peanut Butter

Image
Alhamdulillah siap juga akhirnya Biskut Peanut Butter resepi allaharhamah bonda.  Dulu semasa hayatnya allahyarhamah sering buat biskut ni.. Rasanya setakat ini biskut ini tiada dijual di mana-mana jadi sekiranya ada yang berminat untuk mencubanya silakan.  Cuma biskut ini menggunakan acuan seperti gambar: Bahan-bahan: 1 botol peanut butter *3/4 botol gula kaster *1 botol margerin *1 botol tepung tepung ubi Tepung gandum Kismis 1 biji merah telor Cara membuat: Putar gula bersama marjerin hingga kembang. Masukkan merah telor, putar lagi. Masukkan peanut butter dan putar lagi. Akhir sekali masukkan tepung ubi dan masukka  tepung naik sendiri  (anggaran adunan tidak melekat di tangan ). Sebelum itu taburkan sedikit tepung kepada acuan dan letakkan sebiji kismis di dalamnya kemudiaan masukan adunan tadi. Tekan biar rata dan bakar selama 25 minitenggunakan api bawah ketuhar. Selamat mencuba.