Posts

Showing posts from April, 2014

PERMATA HATI (BAHAGIAN TIGA)

Perjalanan ku untuk menghadiri majlis Permata Hati pada hari ini. Setelah solat subuh segala barang-barang untuk dibawa ke sana dimuatkan dalam kereta.  Setelah urusan kerja pejabat selesai kami terus bergerak.  Memandangkan dah tengahari kami terus berhenti di Leban Chondong untuk makan tengahari.  selepas itu terus menuju ke destinasi yang hendak dituju.  Sampai di sana terus membantu kakak bagi persiapan sebagai tambahan makan tengahari nanti. Setelah selesai kami pun menuju ke hotel berhampiran.  Wah baru terasa penat yang teramat sangat.  Pada pagi esoknya kepala mula terasa pening. Tapi kuatkan hati kerana telah berjanji dengan kakak untuk membantunya menggoreng Tembosa, menggoreng ikan dan memotong bahulu gulung.  Agak lewat sedikit.  Sampai saja ke rumahnya tanpa sarapan terus membantunya menggoreng tembosa dan ikan sambil sesekali makan dan minum.  Sesekali kami saling usik mengusik.  Alhamdulillah jam 9.00 pagi  semuanya selesai. Kami bergegas menukar pakaian dan terus ke

PERMATA HATI (BAHAGIAN DUA)

CPersiapan mula diatur.  Yang pastinya kedua-dua ibu bapa Permata Hati adalah orang yang paling sibuk.  Untuk diri ku pula mula menawarkan diri dalam penyediaan kuih sebagai 'desert' pada hari tersebut.  Dalam kepala macam-macam jenis 'desert' bermain-main di fikiran.  Nak sediakan yang terbaik untuk Permata Hati.  Harap-harap dia gembira dan berpuashati. Semuanya ibu, ayah, abang, kakak, kakak ipar dan aunty sendiri inginkan yang terbaik untuk majlis itu nanti.  Salah faham berlaku gara-gara Permata Hati tidak mahu menyusahkan auntynya hanya meminta bahulu sahaja untuk majlis tersebut kerana memikirkan auntynya akan datang menaiki bas.  Tidak mahu menyusahkan aunty katanya.  Manakala si ayah pula meminta Tembosa.  Bila dikenangkan agak kelakar kerana Permata Hati tidak tahu auntynya tidak menaiki bas... Kalau di (bahagian satu) hati rasa tersentap...tetapi apabila masuk ke bahagian dua ni hati teruja untuk melibatkan diri dengan persediaan majlis tersebut. Lagi dua

PERMATA HATI (BAHAGIAN SATU)

Pertama kali berita disampaikan perasaan ini bercampur baur antara gembira dan duka.  Spontan rasa resah, gelisah menyelubungi perasaan ini.  Satu hari asyik teringatkan berita tersebut.  Gembira baginya mungkin itu pengakhiran bagi sebuah perhubungan..tapi bagi diri ini seolah-olah 'permata hati' semakin jauh. Ya allah syukur alhamdulillah engkau pinjamkan 'permata hati' yang melekakan hamba mu ini buat seketika di kala hamba mu tergapai-gapai keseorangan mengharungi pancaroba kehidupan setelah kehilangan orang-orang tersayang dalam tempoh terdekat.  Ada masanya hamba mu ini rasa tidak kuat kerana tekanan sekeliling.  Terima kasih buat 'permata hati' kerana menceriakan hidup ini.  Kau berikan ku kebahagiaan.  Sinar yang menerangi hidup ini kerana sesungguhnya diri ini kena pasrah dan redha dengan ketentuan ilahi.  Tawa dan manja mu mungkinkah akan ku temui di hari-hari mendatang?  Sesungguhnya diri ini tidak boleh terlalu mementingkan diri..... 'Permata