Posts

Showing posts from August, 2014

VIETNAM LAGI (SIRI I)

Image
Pada awalnya PERMATA HATI menelefon mengajak untuk ke Vietnam lagi, jawapan yang dapat saya berikan ialah nanti dulu aunty fikir.  Sebab baru Mac lepas kami ke sana dan untuk ke sana lagi terutama bagi kakitangan awam seperti ku perlu peroleh kelulusan dari Ketua Jabatan terlebih dahulu.  Pelbagai perkara bermain di kepala ku.  Dapat ke tidak kebenaran itu? Setelah didesak dan dipujuk PERMATA HATI saya bersetuju tetapi semuanya bergantung kepada kebenaran Ketua Jabatan.  Beliau dengan riang bersorak kegembiraan kerana akhirnya saya bersetuju.  Pada malam PERMATA HATI membeli tiket secara online saya melayari internet dan maklum akan kapalterbang MAS ditembak jatuh.  Terus saya hubungi PERMATA HATI akan hal itu dan kami sama-sama menonton berita jam 12 tengahmalam.  Sah berita dalam Facebook itu adalah benar. Langkah berikutnya adalah membuka mulut dengan pegawai untuk memohon cuti rehat dan memohon kebenaran keluar negara.  Perlu cari masa yang sesuai.  Tengok mood pegawai....memang

PUDING TRIFLE

Image
Bahan-bahan: 1 paket Jelly nona 2 gelas air 1 batang bahulu gulung 1 tin susu 2 sudu gula pasir 1 tin kecil buah  campuran 1/4 paket butter 2 sudu kastad Cara membuat: Bahulu gulung dipotong dan disusun dalam bekas bulat lutsinar. Tuang air buah ke atas bahulu dan tabur buah di atasnya. Masak jelly dan air hingga mendidih. Tuang ke atas bahulu. Masak butter, gula dan susu cair serta kastad.  Kacau hingga pekat. Tuangkan ke atas jelly tadi. Tabur dengan lebihan buah tadi di atasnya.  Sejukkan dalam peti sejuk. Kenangan: Resepi ini diberi oleh seorang sahabat.  Arwah kakak amat suka sekali dengan puding triffle ini.  Cubalah sekiranya tiada bahulu gulung boleh digantikan dengan kek biasa.  Potong-potong dan susun di dalam bekas.