VIETNAM LAGI (SIRI I)

Pada awalnya PERMATA HATI menelefon mengajak untuk ke Vietnam lagi, jawapan yang dapat saya berikan ialah nanti dulu aunty fikir.  Sebab baru Mac lepas kami ke sana dan untuk ke sana lagi terutama bagi kakitangan awam seperti ku perlu peroleh kelulusan dari Ketua Jabatan terlebih dahulu.  Pelbagai perkara bermain di kepala ku.  Dapat ke tidak kebenaran itu?

Setelah didesak dan dipujuk PERMATA HATI saya bersetuju tetapi semuanya bergantung kepada kebenaran Ketua Jabatan.  Beliau dengan riang bersorak kegembiraan kerana akhirnya saya bersetuju. 

Pada malam PERMATA HATI membeli tiket secara online saya melayari internet dan maklum akan kapalterbang MAS ditembak jatuh.  Terus saya hubungi PERMATA HATI akan hal itu dan kami sama-sama menonton berita jam 12 tengahmalam.  Sah berita dalam Facebook itu adalah benar.

Langkah berikutnya adalah membuka mulut dengan pegawai untuk memohon cuti rehat dan memohon kebenaran keluar negara.  Perlu cari masa yang sesuai.  Tengok mood pegawai....memang mencabar betul nak pergi kali ni.  Kebenaran keluar negara pun diperolehi di saat-saat akhir.  Alhamdulillah.

Akhirnya saya dan rakan menaiki bas menuju ke KUALA LUMPUR.  Sampai di TBS saya disambut oleh abang ipar, kakak dan PERMATA HATI.  Memandangkan perut meminta untuk diisi saya dan rakan dibawa ke kedai makan sekitar Wangsamaju. 

Sampai di rumah kakak lebih kurang jam 2 lebih..sembang sampai 3.45 pagi...baru terlelap.  Bangun jam 5.00 pagi.  Bergegas mandi dan menunaikan solat subuh.  Driver telah lama menunggu.  Lebih kurang jam 6.30 pagi kami bergerak dengan menaiki van.  Semuanya terlelap hingga sampai ke KLIA 2.  Bayaran dikenakan RM180.00.

Suasana baru kerana pertama kali kami di sini, lazimnya KLIA.  Tetapi dari pegamatan sebagai penumpang pertama kali menggunakan perkhidmatan di sini rasanya lagi mudah.  Petunjuk arah tidak serabut.  Mudah sangat. 

Memandangkan kaunter tiket belum dibuka kami mengambil keputusan untuk sarapan terlebih dahulu antara menu kami seperti nasi lemak, roti toast,
Meehoon dan popia dengan air neslo, tea o dan nescafe.  Boleh tahan harganya...Nasi lemak sebungkus RM3.30, neslo RM4.00,
Roti toast RM4.50, kopi 0 RM2.80.

Seterusnya kami ke kaunter tiket dan terus check in.  Malangnya semasa pemeriksaan saya diperiksa badan dan bag sandang hanya kerana penggera  berbunyi kerana memakai rantai dan gelang.  Bag sandang diperiksa. 

Saya tidak boleh tidur almaklum pelbagai perkara bermain di kepala..seronok melihat kedua-dua anak saudara dibuai mimpi.  Saya, kakak dan seorang kawan mula berkira-kira menu apa yang hendak dibeli, kami memutuskan membeli air hot chokelat dan brownies. Harga air RM6.00 manakala brownies RM5.00.
Saya sempat mengambil gambar sewaktu kapalterbang hendak mendarat.  Kalau di Malaysia kita akan lihat pokok kelapa sawit tapi di Ho Chin Minh ni lautan rumah.  Kami selamat sampai di Vietnam jam 1.00 petang.

Setibanya di sini kami disambut oleh pemandu pelancong yang menghantar kami ke hotel. 

Selepas solat kami keluar makan di Restoran Sri Pinang.  Sempat bergambar di hadapan potret Dato Helmi..selepas itu kami dibawa ke China Town.  Di sini pelbagai kain dijual dengan harga yang berpatutan.  Kain boleh dipotong mengikut jumlah meter yang kita mahu.  Jika pandai menawar harga masih boleh dipertimbangkan.  Saya sempat membeli beberapa pasang sutera vietnam (sepasang RM44.00) shawl (RM7.00).  Di sini juga ada kain lace..PERMATA HATI membeli untuk dipakai keluarga di majlis perkahwinannya nanti.  

Selesai membeli belah di sini saya dan keluarga dibawa ke Ben Thanh Market oleh Encik Sulaiman.  Saya sempat membeli sepasang selipar berharga RM50.00 itu pun setelah puas tawar menawar. Untuk makluman untik membeli selipar atau kasut di sini  kita tidak akan tahu harganya sebaliknya peniaga akan memainkan peranan memujuk agar kita mencuba dulu.  Selepas itu baru tawar menawar berlaku.  Memandangkan dah dua kali datang ke Ho Chin Minh maka belilah juga.  Sepasang kasut dibeli di kedai lain setelah di kedai pertama tadi harganya RM80.00 tadi di sini setelah tawar menawar dapat daam RM50.00.  Bayangkan perbezaan harga.

Saya sempat juga membeli t shirt dan baju kemeja sebagai buah tangan utk staf. 

Selesai membeli belah kami kembali ke hotel.  Rehat sebentar utk menunaikan solat maghrib dan isyak.

Kami kemudiannya keluar untuk makan malam di Restoran Pandan tetapi memandangkan penuh kami ke Restoran Serai tidak jauh dari hotel. Masakannya WOW sedap.  Dalam perjalanan ke restoran kami tertanya-tanya pusat hiburan mana yang beroperasi terlalu kuat.  Rupanya apabila kami melalui kedai makan kami lihat sekumpulan orang terkinja-kinja menarik.  Inilah cara mereka menyambut  Malam Merdeka.

Selesai makan kami menyambungkan misi kami SHOPPING.  Sempat membeli telekong untuk orang yang disayangi.  Tetapi mood mula berilubah dari gembira kepada geram, marah, kecewa dan pelbagai rasa kerana kehilangan kawan.  Sejak awal dia asyik hilang dari kumpulan.Rupanya dia kembali terus ke hotel.  Terima kasih kepada Encik Sulaiman yang sama-sama membantu mencari.

Comments

Popular posts from this blog

HADYAI, PATTAYA, BANGKOK 1

HADYAI, PATTAYA, BANGKOK 5

HADYAI, PATTAYA, BANGKOK 4