RESEPI KEK GULUNG BATIK

Alhamdulillah hari ini baru saya berkesempatan untuk berkongsi resepi yang saya perolehi dari buku masakan..resepi Kek Gulung Batik

Bahan-bahan:

9 biji kuning telor
6 biji putih telor
110 gm tepung gandum
150 gm gula
2 sudu teh baking powder
Cokelat paste
60 gm tepung jagung
1,sudu ovalette
70 gm mentega cair

Cara membuat:

Masukkan semua bahan kecuali mentega cair dan cokelat paste. Kacau hingga naik.

Masukkan mentega cair.

Kacau lagi.

Ambil 1/2 senduk dan masukan cokelat paste.

Ambil 2 1/2 senduk dan masukan ke dalam dulang pembakar yang telah dialas dengan kertas minyak.

Letakan dalam satu sudu secara memanjang hingga habis.

Bakar.

Setelah agak kekuningan angkat dan sapu dengan jem.

Gulung kek tadi dengan menggunakan plastik.

Selamat mencuba.

Kek ini memberikan kenangan indah bersama arwah ibu..terima kasih ibu kerana memberi dorongan utk anak mu mencuba resepi ini.  Terima kasih juga kepada tuan punya resepi asal ini.

Comments

Popular posts from this blog

HADYAI, PATTAYA, BANGKOK 1

HADYAI, PATTAYA, BANGKOK 5

HADYAI, PATTAYA, BANGKOK 4