KEK HUJAN PANAS
Bahan-bahan:
250 gm planta/butter
1 cawan gula
2 cawan tepung kek/tepung superfine
5 biji telur B
6 sudu besar kelapa kering
3 sudu besar susu cair/segar
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh vanila
Cara membuat:
Bahagi kelapa kepada dua dan warnakan merah dan hijau.
Pukul telur satu persatu
Masukan tepung berselang seli dengan susu dan vanila
Masukan kelapa yang telah diwarnakan tadi berselang seli sambil kaup balik sahaja (jgn pukul)
Masukkan dalam loyang yang telah digriskan dan dilapik baking powder.
Bakar 170'c selama 45 minit.
Cerita di sebalik kek ini:
Resepi ini diperolehi dari rakan fb. Pertama kali mencubanya dan alhamdulillah menjadi.
Sahabat baik sendiri mengakui sedap. Sudah semesti yang membuat kek ini senyum sampai ke telinga.
Comments
Post a Comment