Posts

Showing posts from March, 2014

Hari Terakhir Di Vietnam

Image
Hari ini hari terakhir berada di Vietnam. Selesai sarapan pagi di hotel kami menuju ke Ben Thanh market. Selain ingin melihat sendiri pasar tersebut masih terdapat beberapa barang belum dibeli. Kami berjalan kaki menuju ke pasar tersebut. Sepanjang perjalanan sempat melihat penjaja menjual di kaki lima seperti rokok, menjual air , makanan seperti laksam dll. Ada yang masih dalam pakaian tidur lagi telah memulakan jualan. Mereka seperti ini tidak mengganggu pelancung. Satu senario yang berbeza. Beca mereka juga agak menarik yang hanya boleh memuatkan seorang sahaja dan agak tinggi. Di Ben Thanh terdapat dua bahagian iaitu satu bahagian pasar basah dan satu bahagian lagi pasar kering. Di pasar kering inilah menjual kasut, t shirt, alas meja, kain pasang dll. Ada yang boleh ditawar harga ada juga harga tetap. Peniaga di sini tidak akan melepaskan pelanggan pertama mereka jadi di sinilah tawar menawar berlaku. Lazimnya bab tawar menawar ini kami serahkan kepada kakak. Selesai membeli belah

Perjalanàn Ke Vietnam (Bahagian IV)

Image
Hari ini hari kedua berada di kota Ho Chin Min. Selepas sarapan pagi di hotel kami menaiki bas menuju untuk ke Sungai Mekong. Perjalanan sejauh 70 km. Sepanjang perjalanan dapat melihat sawah padi.  Terdapat warung jualan air kelapa di mana terdapat banyak buaian yang digantung antara tiang ke tiang. Dalam perjalanan pemandu pelancung menunjukkan cara untuk membancuh kopi.  Dilihat setiap tiang dan pokok diwarnakan sebahagian bawah dengan warna putih. Kami menaiki bot.  Difahamkan panjang Sungai Mekong 4800 km.  Dan sungai ini agar lebar sayup  mata memandang dan airnya agak beralun.  Airnya seperti teh susu pekat tetapi tidak berbau dan dikatakan tiada buaya kerana berselut. Perjalanan menyusuri sungai ke beberapa tempat seperti tempat memproses gula-gula dari kelapa yang diproses secara manual.  Beli lima percuma satu dengan harga RM25.00.  Boleh didapati pelbagai jenis.  Turut dijual d sini sabun muka dengan harga RM7.00.  Seterusnya kembali ke bot. Menuju pula ke satu kawasan l

Perjalanan ke Vietnam (Bhgn III)

Image
Selesai solat subuh jam 5.30 pagi kami sarapan pagi di hotel.  Sementara menunggu makanan sampai, kami ke kafetaria hotel.  Hanya mengambil telor 1/2 masak yang masak sepenuhnya dan roti.  Makanan yang disediakan oleh Agensi adalah nasi lemak bersama kari ayam..sedap. 2.  Dalam perjalanan menuju ke CUCHI TUNNEL kami berlajar beberapa bahasa Vietnam yang simple iaitu :       Hello.         = Sincau       Mahal.       = Mak Wa       Sorry.          = Senloi       Sedap.        = Ngong       Tq.                = Kam Eng       How much  = Bao Nyiew       3.  Sepanjang perjalanan dapati bandarayanya luas.  Dipenuhi dengan motor bersama pelbagai jenis helmet. Penjaja menjaja di kaki lima dan di mana sahaja.  Ke luar dari bandaraya jalannya kecil kelihatan sawah padi.  Didapati lot tanah mempunyai keluasan yang sama.  Setelah Helen selesai memberikan penerangan tentang sejarah negaranya kami dihidangkan dengan video hitam putih.  Masing-masing terlena. Perjalanan mengambil masa 1 1/2

Perjalanan ke Vietnam (Bhgn II)

Image
Kami sarapan pagi di Teratai.  Seterusnya menuju ke train transit KLIA.  Harga tiket lebih kurang RM26.50 seorang.  Pengalaman pertama menaiki train ke KLIA.  Perkhidmatan escalator dan lift serta tangga disediakan.  Perjalanan memakan masa tidak sampai 30 minit.  Dalam train amat selesa. Sampai di KLIA jam 10.00 pagi.  Menunggu yang lain sampai termasuk Sha (wakil dari travel agency) yang mengikuti perjalanan kami nanti. Debaran tetap ada tetapi melihatkan ramainya orang di level perlepasan terasa keresahan semakin reda.  Semuga perjalanan kami selamat sampai ke destinasi.  Setelah  selesai urusan  di kaunter tiket kami terus check in.  Perjalanan memakan masa satu setengah jam.  Sarapan yang disediakan adalah nasi  dengan lauk ikan atau ayam..turut terdapat sayur.  Licin sebab lapar sangat.  Faridah asyik tidur semasa penerbangan.  Memandangkan tempoh perjalanannya agak singkat satu movie tidak sempat ditonton habis.  Dari tingkap kapalterbang dapat dilihat bandarnya luas .  Satu

Perjalanan Ke Vietnam (Bahagian 1)

Image
Semuanya  telah dirancang  dengan teliti tetapi sampai masa menunggu kenderaan untuk ke stesen bas terasa macam ada sesuatu yang tidak kena.  Lantas panggilan demi panggilan dibuat tetapi masalah line lah pulak.  Dalam kepala bersarang pelbagai kemungkinan dan perkara di luar jangkaan. Perkara yang sama juga berlaku dengan seorang sahabat...anaknya terus ke stesen bas tanpa mengambil ibunya. Ya allah...rupa-rupanya individu yang sepatutnya menjemput kami terlupa.. Kami sampai juga ke stesen bas dengan menaiki kereta anak kenalan tadi.  Bertolak dari Rompin menaiki bas tepat pukul 11 malam seramai lima orang dan seorang lagi menunggu di UNITEN.  Sampai di TBS jam 4 pagi.  Lepak di Nasi Kandar TBS menunggu subuh.  Makan mee goreng mamak bersama milo panas bagi mengalas perut yang sudah mula berkeroncong. Menunaikan solat subuh di sini di mana setiap level disediakan surau.

Pengalaman menaiki kapal maritim

Image
Pada 12 Mac 2014 terdengar suara-suara nakal mengingatkan kami bahawa ombak kasar jangan nanti orang sibuk mencari MH370 nanti sibuk pula mencari kami..tapi saya cekalkan hati memandangkan arahan supaya ke Tioman bagi mengadiri satu mesyuarat penting bersama pegawai dan beberapa orang lain. Tepat jam 4 petang, saya menuju ke Endau bersama seorang staf dan memasuki kawasan Terminal Jeti Tg Gemok Endau.  Terdapat beberapa buah bas dan kelihatan ramai orang di Terminal. Setelah  menyelesaikan bayaran parking kereta yang berharga RM10.00 semalaman.  Saya dan staf menuju jeti yang dikhaskan untuk Jabatan Kerajaan.  Begitu teruja menaiki kapal Maritim yang telah dimohon secara rasmi. Memandangkan kapal berlepas lewat, saya sempat menunaikan solat asar di bilik solat lelaki memandangkan bilik solat wanita dikunci dengan  ditemani seorang staf wanita (bilik ini agak tersorok). Jam 6 signal dari kapten kapal mengarahkan kami menaiki kapal. Sempat kami mengambil gambar di deck dan di bahagia