Perjalanan ke Vietnam (Bhgn II)

Kami sarapan pagi di Teratai.  Seterusnya menuju ke train transit KLIA.  Harga tiket lebih kurang RM26.50 seorang.  Pengalaman pertama menaiki train ke KLIA.  Perkhidmatan escalator dan lift serta tangga disediakan.  Perjalanan memakan masa tidak sampai 30 minit.  Dalam train amat selesa.

Sampai di KLIA jam 10.00 pagi.  Menunggu yang lain sampai termasuk Sha (wakil dari travel agency) yang mengikuti perjalanan kami nanti.

Debaran tetap ada tetapi melihatkan ramainya orang di level perlepasan terasa keresahan semakin reda.  Semuga perjalanan kami selamat sampai ke destinasi.  Setelah  selesai urusan  di kaunter tiket kami terus check in.  Perjalanan memakan masa satu setengah jam.  Sarapan yang disediakan adalah nasi  dengan lauk ikan atau ayam..turut terdapat sayur.  Licin sebab lapar sangat. 

Faridah asyik tidur semasa penerbangan.  Memandangkan tempoh perjalanannya agak singkat satu movie tidak sempat ditonton habis.  Dari tingkap kapalterbang dapat dilihat bandarnya luas .  Satu permandangan yang menakjubkan. Alhamdulillah kapalterbang selamat mendarat.
Cuma layanan dari para petugas airport kurang memuaskan dengan yang mengecop paspot  bermuka masam. Manakala sewaktu kakak meletakkan beg untuk discan pegawai wanitanya terus menolak troly pada kakak sambil menyebut handbag dengan kuat.  Disinilah persepsi pertama orang terutama di pintu masuk negara.

Kami membeli top up RM25.00 bersamaan 150000 dong.  Lagi murah jika beli di luar.

Sewaktu melangkah keluar dari airport ramai orang di Balai Ketibaan memandang ke arah kami.  Ya allah perasaan malu mula terasa.  Sesekali macam artislah pulak.  Kami disambut oleh tourist guide Vietnam yang sangat ramah.  Kami dibawa menaiki bas  menuju ke masjid yang terbesar di Vietnam berwarna hijau untuk menunaikan solat zohor dan asar.  Seorang ustaz berbangsa Vietnam memaklumkan imam bagi masjid ini adalah orang Malaysia. 

Kami seterusnya dibawa membelibelah di sebuah rumah tiga tingkat.  Banyaknya baju kurung dan jubah yang  telah siap dijahit serta telekong.  Harganya murah siap ada diskaun lagi.

Dari sini kami dibawa ke Restoran Sri Pinang dimiliki orang Malaysia.  Boleh tahan dan sesuai dengan citarasa.  Semasa menjamu selera kami ditanya samada nak order minuman atau tidak..masing-masing pun siap order macam di Malaysia.  Selesai makan kami diminta menjelaskan minuman tadi. Harga milo dan dua gelas air tembikai =140000 Dong. Menurut kakitangan restoran tersebut harga makanan halal mahal.

Kami seterusnya dibawa menginap di Kelly Hotel. 

Comments

Popular posts from this blog

HADYAI, PATTAYA, BANGKOK 1

HADYAI, PATTAYA, BANGKOK 5

HADYAI, PATTAYA, BANGKOK 4