Posts

Showing posts from July, 2016

LAILA MANJA

Image
Pada kali ini saya hendak berkongsi pengalaman menghadiri teater di Istana Budaya.  Pementasan kali ini bertajuk Laila Manja.  Cerita adaptasi dari filem Melayu arahan dari Allahyarham Jamil Sulong.  Saya lupa pula pelakon utama tetapi jalan cerita masih segar diingatan.  Memasuki dewan Istana Budaya dengan duduk di barisan kedua tetamu kehormat.  Seronok sangat dengan layanan istimewa dari pihak Istana Budaya.  Semasa menunggu pementasan bermula, saya kakak dan Buah Hati melihat petikan cerita Mok Chun dll.  Tiba-tiba kami terpandang penyanyi Amy Search dan isteri berdiri untuk mencari tempat.  Kami bersalaman serta saling bertanya khabar lantas mereka berdua mengambil tempat disisi kami demikian juga dengan Iezan dan Farhan.  Rindu dengan mereka sejak percutian di New Zealand baru-baru ini.  Pementasan bermula dengan semua penonton diminta berdiri dan menyanyikan lagu Negara Ku.  Adegan pertama terus disogokan dengan Sariyanti menyanyi di taman bunga bersama anak raja muda diiku

BISKUT MARMAR CARRIE

Image
Bahan-bahan: 150 gm butter 200 gm gandum 50 gm gula halus 60 gm tepung jagung 15 gm susu tepung 1/2 sudu kecil,vanila Cara membuat: Pukul butter dan gula hingga kembang. Masukan tepung jagung, susu tepung.  Kacau rata. Masukan tepung gandum sedikit demi sedikit.   Canai dan terap ikut suka. Dulang pembakar hendaklah disapu dengan butter. Cara membuat bising: 40 cc putih telor (anggaran satu biji telor gred B) 150 gm gula ising 15 gm tepung jagung Sedikit vanilla Cara membuat: Pukul putih telor bersama gula ising.  Masukkan tepung jagung dan vanilla..pukul lagi hingga sebati. Letakkan ising di atas biskut tadi dan lorekan dengan coklat paste di atasnya. Resepi ini dari arwah kakak.  Alhamdulillah.  Says telah mencuba pelbagai resepi dari lain-lain sumber malangnya icing nya hanyut dan tidak cantik setelah dibakar.

Nasi Daging

Image
Entah tiba-tiba tekak teringin nak makan Nasi Daging.  Memandangkan daging yang diberi sebelum bercuti raya masih belum dimasak, saya merajinkan diri untuk memulakan misi.  Teringat pula pertama kali saya makan nasi daging sewaktu beraya di rumah kakak.  Dia menyediakan menu ini.  Agak janggal sebab tiada lauk lain.  Tetapi setelah beberapa kali makan tekak dah boleh terima.  Bahan-bahan: 1/2 kilo daging ( potong kiub sederhana kecil dan rebus) 2 1/2 cawan beras (basuh dan tos) Sedikit minyak 1 sb marjerin 1/4 kiub pati ayam 2 1/4 air rebusan daging 1/2 cawan susu cair 1 sb sos tomato *1 sb rempah kurma *1/2 paket 3 sekawan *1/2 ulas bawang besar (potong nipis) *2 ulas bawang putih (potong nipis) *1 helai daun pandan Panaskan minyak bersama marjerin. Tumis bahan bertanda *.  Kacau kemudian masukkan beras.  Kacau rata. Masukkan air rebusan daging,  susu cair dan sos tomato. Bila,mendidih, pindahkan ke periuk nasi letrik. Tambah air jika perlu bergantung kepada,jenis b