BISKUT MARMAR CARRIE
Bahan-bahan:
150 gm butter
200 gm gandum
50 gm gula halus
60 gm tepung jagung
15 gm susu tepung
1/2 sudu kecil,vanila
Cara membuat:
Pukul butter dan gula hingga kembang.
Masukan tepung jagung, susu tepung. Kacau rata.
Masukan tepung gandum sedikit demi sedikit.
Canai dan terap ikut suka.
Dulang pembakar hendaklah disapu dengan butter.
Cara membuat bising:
40 cc putih telor (anggaran satu biji telor gred B)
150 gm gula ising
15 gm tepung jagung
Sedikit vanilla
Cara membuat:
Pukul putih telor bersama gula ising. Masukkan tepung jagung dan vanilla..pukul lagi hingga sebati.
Letakkan ising di atas biskut tadi dan lorekan dengan coklat paste di atasnya.
Resepi ini dari arwah kakak. Alhamdulillah. Says telah mencuba pelbagai resepi dari lain-lain sumber malangnya icing nya hanyut dan tidak cantik setelah dibakar.
Comments
Post a Comment