Posts

Showing posts from August, 2015

RESEPI KEK GULUNG BATIK

Image
Alhamdulillah hari ini baru saya berkesempatan untuk berkongsi resepi yang saya perolehi dari buku masakan..resepi Kek Gulung Batik Bahan-bahan: 9 biji kuning telor 6 biji putih telor 110 gm tepung gandum 150 gm gula 2 sudu teh baking powder Cokelat paste 60 gm tepung jagung 1,sudu ovalette 70 gm mentega cair Cara membuat: Masukkan semua bahan kecuali mentega cair dan cokelat paste. Kacau hingga naik. Masukkan mentega cair. Kacau lagi. Ambil 1/2 senduk dan masukan cokelat paste. Ambil 2 1/2 senduk dan masukan ke dalam dulang pembakar yang telah dialas dengan kertas minyak. Letakan dalam satu sudu secara memanjang hingga habis. Bakar. Setelah agak kekuningan angkat dan sapu dengan jem. Gulung kek tadi dengan menggunakan plastik. Selamat mencuba. Kek ini memberikan kenangan indah bersama arwah ibu..terima kasih ibu kerana memberi dorongan utk anak mu mencuba resepi ini.  Terima kasih juga kepada tuan punya resepi asal ini.

KEK HUJAN PANAS

Image
Bahan-bahan: 250 gm planta/butter 1 cawan gula 2 cawan tepung kek/tepung superfine 5 biji telur B 6 sudu besar kelapa kering 3 sudu besar susu cair/segar 1 sudu teh baking powder 1 sudu teh vanila Cara membuat: Bahagi kelapa kepada dua dan warnakan merah dan hijau. Pukul telur satu persatu Masukan tepung berselang seli dengan susu dan vanila Masukan kelapa yang telah diwarnakan tadi berselang seli sambil kaup balik sahaja (jgn pukul) Masukkan dalam loyang yang telah digriskan dan dilapik baking powder. Bakar 170'c selama 45 minit. Cerita di sebalik kek ini: Resepi ini diperolehi dari rakan fb.  Pertama kali mencubanya dan alhamdulillah menjadi.  Sahabat baik sendiri mengakui sedap.  Sudah semesti yang membuat kek ini senyum sampai ke telinga.

KEK SANTAN

Image
Bahan-bahan dan cara membuat: 6 biji telor 2 cawan gula (Putar keduanya hingga kembang dan gebu) Masukkan ke dalamnya: 1/2 cawan minyak masak 2 cawan santan Pewarna hijau/perasa pandan Kacau lagi Kemudian masukan 3 1/2 cawan tepung naik sendiri putar hingga sebati Bakar 40 - minit. Cerita di sebalik kek ini: Aktiviti buat kek ni bagi mengisi masa lapang.  Tiada yang istimewa cuma dibuat sambil diperhatikan oleh sesorang yang ingin berlajar membuatnya sedangkan inilah kali pertama saya mencuba kek ini saya dapat dari rakan fb. Terima kasih kepada yang sudi berkongsi resepi ini.  Akhirnya kek ini habis diagih-agihkan kepada pembantu rumah, tetamu yang kebetulan datang berkunjung yang tinggal tidak sampai suku ...alhamdulillah rezeki dikongsi bersama.