Posts

Showing posts from April, 2018

QALBUN SALIM 2

Image
Alhamdulillah...hari pertama (dalam tempoh percutian sebelum bersara) saya telah diatur untuk menghadiri majlis ilmu di Masjid Wilayah.  Kelihatan sudah ramai orang.  Terdapat pelbagai jualan di ruang bawah dalam bangunan seperti jualan roti, durian crepe, kopi, make up dan lain-lain. Saya dan kakak melewati booth jualan dan terus mendaftar. Setelah itu kami beredar ke tingkat satu bagi menikmati sarapan pagi yang disediakan iaitu mee goreng, kuih dua jenis dan air panas. Setelah itu kami turun ke tingkat bawah dan beratur di pintu dewan.  Satu kejutan buat saya yang baru pertama kali ke sini, walau pun ki beratur tetapi bersesak-sesak / berebut-rebut masuk ke dalam.  Rupa-rupanya ada yang masuk awal menanda dalam jumlah yang banyak untuk rakan-rakannya.  Subhanallah! Saya terpeka kerana yang melakukannya orang yang berumur.  Memandangkan majlis ilmu ini berbayar adalah tidak adil untuk yang lain sehinggakan terjadi sedikit perbalahan kerana tempat yang ditanda telah diduduki ora