QALBUN SALIM 2

Alhamdulillah...hari pertama (dalam tempoh percutian sebelum bersara) saya telah diatur untuk menghadiri majlis ilmu di Masjid Wilayah. 


Kelihatan sudah ramai orang.  Terdapat pelbagai jualan di ruang bawah dalam bangunan seperti jualan roti, durian crepe, kopi, make up dan lain-lain.




Saya dan kakak melewati booth jualan dan terus mendaftar.

Setelah itu kami beredar ke tingkat satu bagi menikmati sarapan pagi yang disediakan iaitu mee goreng, kuih dua jenis dan air panas.

Setelah itu kami turun ke tingkat bawah dan beratur di pintu dewan.  Satu kejutan buat saya yang baru pertama kali ke sini, walau pun ki beratur tetapi bersesak-sesak / berebut-rebut masuk ke dalam.  Rupa-rupanya ada yang masuk awal menanda dalam jumlah yang banyak untuk rakan-rakannya.  Subhanallah! Saya terpeka kerana yang melakukannya orang yang berumur.  Memandangkan majlis ilmu ini berbayar adalah tidak adil untuk yang lain sehinggakan terjadi sedikit perbalahan kerana tempat yang ditanda telah diduduki orang lain.

Antara tetamu kehurmat yang hadir adalah Dato' Fazilah Kamsah, penaja bagi majlis anak autisme, bank dan ramai lagi.

Aa Gym yang didatangkan dari Bandung untuk menyampaikan tazkirah.  Penyampaian tidak membosankan  dan adakala kami tertawa kecil dengan aksi spontan beliau.


Antara perkara yang disentuh tentang HATI yang terbahagi kepada 3 iaitu:
1. Hati mati
2. Hati yang sakit
3. Hati yang sihat

Manakala 4 perkara yang wajib kitatahu iaitu:
1. IKHLAS
a. Amal biarlah menjadi rahsia
b.  Tidak menunjuk-nunjuk amalan kepada orang.
c. Jangan ingin dipuji
d. Jangan ingin dihargai
e. Jangan ingin dibalas budi

2. TAUBAT
a. Harus menyesal
b. Berhenti daripada melakukan maksiat

Istighfar (mohon ampun di mana Allah akan memberi ketenangan, jalan keluar dari kesempitan dan allah 
Mendatangkan rezeki)
Menangisi dosa hati akan menjadi lapang

3. SYUKUR
a. Hati yakin semua nikmat dari Allah
b. Secara lisan "ALHAMDULILLAH"
c. Berterima kasih
d. Manafaat nikmat yang ada
e. Menampakkan nikmat (agar allah dipuji)

4. SABAR
- Menahan diri
a. Sabar dalam taat
b. Sabar dalam menjauhi maksiat
c. Sabar dalam musibah

Sepanjang tazkirah yang dianjurkan oleh TV ALHIJRAH diselang selikan dengan persembahan dari USIM 

dan dari anak-anak autism yang mengaji, hafazan dan membaca doa.  Malangnya tiada gambar diambil memandangkan saya terlalu terusik hati dan leka dengan persembahan mereka yang saya tidak pernah ketahui dan menjangkakannya.

Tazkirah diakhiri dengan doa yang dibacakan oleh Aa Gym yang amat meruntun jiwa.  Sesekali terdengar esakan penuntun di belakang.  Linangan airmata bercucuran.  Semuga tazkirah ini menjadi inspirasi untuk diri saya agar lebih mendekatkan diri kepada mu ya Allah !!! In sya allah.

Sebelum pulang saya sempat membeli satu naskah yang ditulis oleh penceramah iaitu IKHTIAR MENCARI RIDHA ALLAH kompilasi pemahaman tauhid dalam kehidupan berharga RM40.00.


Comments

Popular posts from this blog

HADYAI, PATTAYA, BANGKOK 1

HADYAI, PATTAYA, BANGKOK 5

HADYAI, PATTAYA, BANGKOK 4